Assalamu'alaikum... Seperti biasa... Selepas menonton, sedikit cerita aku kongsikan. Kali ni sambungan cerita   episod 14 teduhan...

Episod 15 Teduhan Kasih

/
2 Comments


Assalamu'alaikum...
Seperti biasa... Selepas menonton, sedikit cerita aku kongsikan. Kali ni sambungan cerita   episod 14 teduhan kasih di mana Iffa telah keluar dari rumah ibu tirinya... Dan Ehsan sudah setia menunggu untuk menjemput Iffa dan Adam.


Sebelum balik ke rumah... Ehsan bawak Iffa dan Adam membeli belah di shopping komplek. Terserempak pulak dengan Ayu dan Rizal. Apalagi Ayu... Berabis sakit hati dia melihat Iffa dengan Ehsan. Tak cukup dalam kereta... Sampai rumah pun still marah. Dashyat sungguh.

Ayu mulalah report dengan kakak tiri Iffa. Apalagi... Kakak tiri Iffa pulak bercerita dengan ibunya. Mereka memang suka tengok Iffa hidup susah sebenarnya.

Kemuncak episod 15 teduhan kasih berakhir apabila kakak tiri Iffa menelefon Iffa. Nak cakap dengan Iffa sebaliknya... Ehsan yang sambut. Wah! Ehsan siap cakap nak kawin dengan Iffa lagi tu... Huhu. Marah sungguh kakak tiri Iffa dibuatnya.

Setelah berhenti berbual dengan kakak tiri Iffa. Ehsan juga turut mengajak Iffa kawin. Iffa terdiam tanpa kata. Apakah berlaku selanjutnya... Kenalah tengok episod 16 teduhan kasih malam ni. Hehe...

Nota Kaki : Aku terjebak menonton teduhan kasihlah pulak... Sekarang.




ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments: