Assalamu'alaikum... Ni sambungan cerita aku untuk episod 13 teduhan kasih . Dalam episod 13... Kisahnya berakhir time Ayu terlang...

Episod 14 Teduhan Kasih

/
0 Comments


Assalamu'alaikum...
Ni sambungan cerita aku untuk episod 13 teduhan kasih. Dalam episod 13... Kisahnya berakhir time Ayu terlanggar Ehsan. Masa tu Ehsan nak keluar makan dengan kawan sepejabatnya.


Manakala Iffa pulak masih di rumah ibu tirinya. Kehidupannya di rumah ibu tirinya still sama. Masih diperlakukan seperti hamba abdi. Sian Iffa. Satu saat pulak Ehsan menelefon Iffa. Rindu dengan Adam katanya. Apalagi... Walaupun dihalang ibu tirinya. Iffa tetap keluar bawak Adam berjumpa dengan Ehsan.

Hehe... Lelaki romantik. Ehsan dah tunggu di bus stop tempat first time mereka berjumpa dan kenal. Sepanjang jalan... Ehsan ada jugaklah pujuk Iffa supaya tinggal di rumahnya. Tapi Iffa enggan sebab dia dah banyak sangat dah terhutang budi dengan Ehsan.

Sampai di rumah... Orang gaji Ehsan pulak mengadu perihal Ehsan rindukan Adam. Tak keruan dibuatnya. Dalam masa yang sama... Ayu dan kakak tiri Iffa dok sibuk nak buat makan-makan kat rumah... Kononnya nak sakitkan hati Iffa. Malangnya Iffa takde kat rumah.

Balik jer rumah... Iffa kena maki dengan mak dan kakak tirinya. Dek kerana dah tak tahan Iffa menelefon Ehsan lalu meminta izin untuk tinggal di rumahnya. Ehsan bersetuju dan episod 14 berakhir apabila Iffa membawa Adam keluar dari rumah ibu tirinya. Hanya Ijat, adik tirinya melihat Iffa keluar dari rumah. Apakah yang berlaku seterusnya... Kenalah tonton teduhan kasih episod 15 dulu malam ni... Baru boleh cerita. Hehe...




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: