Assalamu'alaikum... Alia dah makin membesar dah. Now, dah bebas berjalan  dengan sekali-sekala je terjatuh atau terduduk. ...

Tak merangkak lagi dah!

/
0 Comments


Assalamu'alaikum...

Alia dah makin membesar dah. Now, dah bebas berjalan dengan sekali-sekala je terjatuh atau terduduk.

merangkak, berjalan, bilakah bayi berjalan, berapa umur bayi berjalan, bayi berjalan bila ek!, bayi berjalan

Before ni... Aku asyik terfikir je"bilalah Alia boleh berjalan? Usia dah setahun". Risau gak dibuatnya. Sampai aku cari tau... Info bilakah usia bayi boleh berjalan?... Dan rata-rata info yang aku baca menyatakan perkembangan setiap bayi adalah berbeza. Tapi usia bayi yang boleh berjalan rata-rata antara setahun sampai setahun 6 bulan. Kalau lepas tu... Tak boleh gak berjalan. That mean. Ada something wrong. Kena refer doktorlah jawabnya. 

Tapi... Alhamdulillah, Alia dah start pandai berjalan pada usia setahun sebulan.

Teringat aku dengan seorang bayi lelaki. Usia dah 2 tahun, tapi still tak boleh berjalan. Aku jumpa bayi tu masa temankan adik aku bawak baby dia checkup joundis. Masa tu aku mengandung 4 bulan. Sempat gakla berbual dengan ibu baby tu. Masa tu baby tu kena buat urine test nak kenalpasti apa penyebab bayi tu tak boleh jalan. Hurmmm... Takut gak kalau ada kes macam tu. Huhu... Masa tu aku takut-takut nak layan citer ibu baby tu sebab orang tua-tua kata antara pantang masa mengandung ialah jangan tengok cerita-cerita pelik like citer hantu ke atau dengar citer-citer pelik daripada orang... Dikhuatiri nanti baby dalam perut mengikut gak. Sejauh mana kebenarannya... Wallahualam. Namun aku layan gak citer ibu baby tu. Kang apa pulak orang kata kan. Silap-silap kecik hati dibuatnya kalau tak layan. 

Sekian. Kisah cinta hatiku yang pendek lagi simple.

Wassalam...

Oh! ya... Pesanan penaja... Kalau nak tahu cara kurangkan lalat yang hinggap di makanan, jemputla baca entri sebelumnya : Petua elak lalat daripada menghinggapi makanan




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: