Assalamu'alaikum... Entri kali ini aku ingin berkongsi mengenai sebuah buku yang aku kira bagus untuk dikongsikan sebagai ingata...

Kedekut tidak, membazir pun tidak!

/
1 Comments


Assalamu'alaikum...
Entri kali ini aku ingin berkongsi mengenai sebuah buku yang aku kira bagus untuk dikongsikan sebagai ingatan buat kita semua. Namun, hakikatnya entri kali ni adalah checklist buat diriku sendiri sebenarnya. Manusiakan mudah lupa. Indeks Prestasi Keluarga hasil tulisan En. Shuib Bin Sulaiman. Murah dan padat. RM9.00 jer! Tapi penuh dengan ilmu... Salah satu tajuk dalam buku ini yang membuatkan aku terus baca sampai habis ialah mengenai berbelanja. (*** Memang padan 1 hari habis satu buku... 125 muka surat jer).


Kalau nak cakap pasal berbelanja ni... Memang susah. Kadang-kadang walaupun dah senaraikan kesemua barang yang hendak dibeli... Kemain lagi! Tapi... Kalau dah sampai di shopping kompleks. Tersasar jugak bajet. Akulah tu. Tapi... Still under control. Alhamdulillah! Bila dah ada Alia ni... Aku lebih berhati-hati berbelanja. Berbelanja mengikut keperluan. Tu adalah salah satu point utama bagaimana untuk berbelanja.

Sebelum ada Alia. Aku agak boros jugak berbelanja... Berbelanja ikut nafsu. Hurmmm... Sikap macam ni memang tak elok. Baru nak sedar bila dah ada anak. Dolu-dolu aku suka beli itu dan ini tanpa memikirkan adakah barang yang dibeli itu keperluan atau tidak.

Kemudian,  membeli tu biarlah mengikut kemampuan. Bak kata orang tua-tua membeli biar berpada-pada dan ukur baju di badan sendiri. Kalau aku boleh jer nak beli apa jer... Kad kredit kan ada... Bak kata en. Suami. Tapi... Kena ingat hutang tu. Jangan berlagak! Kang... Asyik sangat berbelanja dengan kad kredit melayan kemahuan... Dah! hutang semakin banyak. Mahunya blacklist. Na'uzubillah! Tak nak aku.

Tu antara dua perkara utama yang dibincangkan di dalam buku tersebut yang aku kira kita patut ambik kira semasa membeli belah. Wajib! Hehe...

Hakikatnya, kita harus besederhana dalam berbelanja. Tu pun kalau tak nak poket kosong tengah bulanlah kan.

Orait! Aku rasa cukup kot celoteh aku untuk pagi Jumaat ni.

Nota Kaki : Hari ni hari ke-3 ops daulat di Sabah. 52 orang pengganas telah mati ditembak setakat 7 Mac 2013 di Lahad datu dan Semporna, Sabah. Sama-sama kita doakan agar pencerobohan di Sabah berakhir dengan cepat.




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. rsjin fiza baca buku..klu boros berbelanja selalu salahkan nafsu..kita yg mengontrol nafsu bukan nafsu kontrol kita..:)

    ReplyDelete