Back to Top

10 March 2013

~First Week!



Assalamu'alaikum...
Alia dah tido. Akhirnya hasrat aku untuk menonton bintang mencari bintang bersama encik suami akhirnya tercapai gak. Jangan ingat tajuk entri aku pasal pregnant yer. Belum ada rezeki lagi untuk dapat anak yang ke-2. Hehe...

Oh! ya... Bercakap pasal bintang mencari bintang, persembahan malam ni merupakan persembahan pengenalan daripada anak didik sifu-sifu seperti Sabri Yunus, Raja Azura, Faizal Ismail, Harun Salim Bachik, kumpulan Senario dan Afdlin syauki. Semua anak didik mereka berkumpulan kecuali Acey iaitu anak didik Harun Salim Bachik, membuat persembahan secara solo.

Sejam menonton tak terasa...

Untuk first week... Aku rasa rata-rata peserta menunjukkan persembahan nampak biasa dan simple sahaja. Mungkin disebabkan persembahan pengenalan kot. Sebab tu biasa-biasa sahaja. Berkemungkinan lah kan.

Walaubagaimana pun, aku cukup terhibur dengan persembahan kumpulan Bocik iaitu anak didik Afdlin Syauki dan Acey iaitu anak didik Harun Salim Bachik. Persembahan mereka sangat mencuit hati.

Siapalah pemenang bintang mencari bintang yer?

Harap-harap anak didik Afdlin Syauki menjadi pilihan. Tapi, kumpulan senario hebat gak tau.

Apa-apa pun InsyaAllah untuk second week, aku mesti tengok. Hehe.

Terujalah pulak :)


Nota kaki : Rancangan bintang mencari bintang akan disiarkan di tv3 setiap hari Ahad, jam 9 malam.



2 comments:

  1. ada tengok gak mlm td.tu pun sbb mertua ada.klu tak mmg dh hanyut dibuai mimpi dengan aiman..

    1st week macam biasa je.bodoh2 je lawak depa nie..part nyanyian tu ok gak la..ramai kan peserta dari maharajala lawak.

    ReplyDelete
  2. @Puan KutuHa'ah kan muni. Patutlah fiza mcm pernah tgk muka depa. Rupanya... Cuma fiza x igt.

    ReplyDelete