Assalamu'alaikum... Entri sebelum ni. Aku pernah bercerita tentang mula-mula Alia melangkahkan kaki. Selangkah demi selangkah .....

Berjalan seperti robot

/
1 Comments


Assalamu'alaikum...

Entri sebelum ni. Aku pernah bercerita tentang mula-mula Alia melangkahkan kaki. Selangkah demi selangkah...


Dua hari lepas, genaplah usia Alia setahun sebulan. Alhamdulillah! Alia dah reti berjalan walaupun masih seperti robot dan sekali-sekala jatuh ke lantai. Kemudian, bangun dan berjalan semula. 

Begitu... Gigihnya dia berusaha. Seronok! Tengok gelagat Alia belajar berjalan. Teruja tengok. Lepas ni senanglah nak pergi shopping.

Haha... Beranganlah nak shopping dengan aman. Lepas ni mesti wujud pulak kisah tarik-tarik barang sepertimana pernah aku tengok time shopping. Gelagat para ibu dengan anak yang dah reti berjalan. Macam-macam gelagat ado haihh... Hurmmm... Betapa besarnya dugaan bergelar sang ibu kan. Susah kan... Tapi... Bak kata mak aku. Kalau tak nak susah, jangan beranak.

Haha... Aku suka dengan kata-kata itu. Betul apa...

Apa-apa pun. Tu je cerita terkini tentang Alia yang aku nak update. Sedikit cerita mengenai perkembangan bayi setahun lebih.

Nota kaki : Abaikan mainan berterabur tu yer... Biasalah Alia. Selagi belum tido. Selagi tu dia nak main.






ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. takde maknanya senang nak bawak g shopping bila dh bley jalan..budak umo setahun dua ni nti jalannya sekejap je pastu mintak dukung jugak.haha

    ReplyDelete