Hola   ♥ Tetiba aku pulak berasa ngilu apabila mengimaginasikan apa yang telah berlaku kepada adik  Aisy Mirza Mahadi, 3 tahun ya...

Berhati-hati lah yer...

/
0 Comments


Hola 

Tetiba aku pulak berasa ngilu apabila mengimaginasikan apa yang telah berlaku kepada adik Aisy Mirza Mahadi, 3 tahun yang telah putus tangan kirinya akibat dikisar mesin nyior ( kelapa ). Arghhhhhh! 

Menurut artikel di Kosmo! Online...

Mengimbau semula kejadian itu, Nik Nur Aiza berkata, ketika kejadian dia berada di belakang kedai untuk mencuci beberapa peralatan dan
pada masa sama meninggalkan anaknya di dalam premis bersama mesin yang tidak dimatikan suisnya.
Katanya, beberapa minit kemudian, dia terdengar bunyi kecoh selain suara Aisy Mirza menjerit memanggilnya. 
“Saya yang tidak menyangka apa-apa kemudian terkejut apabila mendapati tangan kiri anak saya berlumuran darah, putus dan hancur dikisar mesin tersebut. Saya hanya mampu kata ‘hilang dah tangan anak aku.. hilang dah tangan anak aku’. 
Sian kan... Namun, apakan daya nasi dah menjadi bubur. Jadikan kisah ini sebagai satu ikhtibar agar kita sentiasa beringat dan mengawasi aktiviti anak-anak kita terutamanya anak-anak kecil. Maklum jelah seusia Aisy pasti sifat ingin tahunya tinggi tanpa fikirkan tentang keselamatan.

Sebagai seorang ibu, kita haruslah alert. Jangan biarkan peralatan elektrik terbiaq berpasang dan ditinggalkan begitu saja. Nanti, dek kerana kecuaian kita... Anak pulak menjadi mangsa.


Apa-apa pun selamat berhujung  minggu :)





ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: