29 October 2012

Gara-gara mencari jodoh di Myjodoh.net



Hola 
Gara-gara mencari jodoh di Myjodoh.net... beberapa orang wanita telah terperangkap dengan janji-janji manis seorang kasanova yang hanya mahu mengikis... Pendek kata pisau cukurlah sifatnya. Bukan wanita jer bersifat pisau cukur. Lelaki pun apa kurangnya.

Berita utama yang menghiasi kosmo pagi ini " Perangkap kasanova licik "

Gambar diambil daripada kosmo 29/10/2012
Memang licik... 

Dikatakan tidak semua wanita menjadi mangsa tau... Hanya wanita yang berbadan besar, montok, gebu dan wanita bujang or janda yang berumur lingkungan 20-30an sahaja menjadi sasaran... Hurmmm... Ada target dan strategi gak yer!

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, pasti akan jatuh ke tanah juga. Harap-harap kasanova itu dapat ditangkap lah yer setelah salah seorang mangsa berani tampil untuk membuat laporan.

Tu lah... Ada pro dan kontra nyer bila mencari jodoh di atas talian... Pendek kata kita as a kaum hawa kena sentiasa berhati-hati dalam segala hal terutamanya dalam mencari jodoh.

Macam-macamlah manusia sekarang, sanggup menghalalkan cara demi memperolehi wang dengan mudah.

Subhanallah!


4 comments:

  1. hmmm.. kan dah malu.. malu sebab dilabel desperate.. hehe :p [link blog saya]

    ReplyDelete
  2. @:: Mrs.Eady ::... Tu lah, semuanya disebabkan DUIT. Bila berprinsip bertuankan DUIT, mcm2 cara akan digunakan. Janji dapat duit.

    ReplyDelete