Back to Top

23 September 2012

Ular peliharaan terbesar di dunia



Hola

Pagi tadi terbaca satu artikel mengenai binatang yang aku takuti... Tentang seekor ular.

Medusa, ular peliharaan  seberat 136 kilogram, panjang 7.62 meter dan memerlukan sekurang-kurangnya 15 orang untuk mengangkatnya... Wauuu... Banyak tu.

Diiktiraf oleh Buku Rekod Dunia Guiness sebagai ular peliharaan terbesar di dunia. Memang patut pun kan...

Huh! Makanan utamanya terdiri daripada arnab, rusa dan haiwan lain yang diberikan kepadanya setiap dua minggu. Dikatakan ia  memakan 18 kilogram haiwan kira-kira seminggu. Patutlah cepat membesar :)

Tuan punya ular tu jugak menyatakan yang dia beli ular tu sepanjang  0.6 meter dan hanya segemuk jarinya saja ... Now, besar wooo...

Kalau depan mata. Mesti aku takut... Entah-entah pengsan. Mana taknya... Ular sebesar tu. Aku pun masuk kalau ditelan ;(

Sumber info dan gambar : mymetro dan google

2 comments: