Hola, Hari ni hari Sabtu... dan tetiba jer nak on laptop . Entah sejak akhir-akhir ni aku dihinggapi penyakit MALAS untuk update blog... ...

:: Korang Percaya tak? ::

/
8 Comments
Hola,

Hari ni hari Sabtu... dan tetiba jer nak on laptop. Entah sejak akhir-akhir ni aku dihinggapi penyakit MALAS untuk update blog... Mungkin pembawakan budak kot. Keekekee...

Hurmmm.... Tengok tajuk entri pasti korang rasa hairan apa punya tajuk la kan. Hehe... Sebenarnya aku ingin berkongsi cerita pasal raya tahun ni. Raya tahun ni merupakan raya tahun pertama aku di rumah ibu mertuaku. Fuhh!! Pengalaman beraya berjauhan dengan keluarga sendiri. Nangis siot raya pertama. Sian betul. Dahlah tu... Korang percaya tak? kalau aku katakan bahawa tahun ni aku tak tangkap gambar langsung... Entah tak tau kenapa. Pasti ada yang tak percayakan... Tapi itulah kenyataan. korang kena percaya tu.

First day raya orang lain sibuk, aku sempat lagi bukak Facebook sebab adik aku cakap diorang ambik gambar selepas sembahyang raya dan dah update pun kat facebook... Sedih betul bila tengok gambar diorang di pagi raya....

**** First year takde Angah dan aku... Sedih wooo...


Hurmmm... Inilah tahun pertama... Kitaorang beraya tanpa angah. Pada yang tak tahu cerita tu boleh singgah di sini yer. Berbalik kepada cerita mengenai beraya di rumah ibu mertua. Pasti yang dah berkawin sudah merasainya bukan. 

Mungkin disebabkan tahun pertama kot, Fiza rasa janggal sedikit. Lepas tu pulak. Raya pertama Fiza dan keluarga hubby Fiza pergi berziarah... Mak aii!! Sampai 10 buah rumah kitorang pergi... Dahla tu rata-rata menghidangkan air bikarbonat... Fuhhh!! Nasib baik Fiza ingat pesanan doktor... Orang mengandung mana boleh minum air bikarbonat. Hehehe... Bagi keluarga mereka yang tahu... Diorang siap buat air susu lagi untuk Fiza... Special punya air tau. Kekekeke...

Hari raya kedua pula, kami duduk kat rumah je... Tunggu family sebelah mertua pulak datang bertandang... Penat gaklah sebab ramai yang datang dan begitu jugak dengan hari raya yang ketiga.

Pada hari raya keempat pulak. Fiza ngan hubby bersiap-siap untuk balik ke kampung beraya ngan keluarga sebelah Fiza pulak. Hehehe... Seawal pagi Fiza dah bangun berkemas... Semangatttttt.... Kekeke.

Sampai di kampung pulak, disebabkan keletihan Fiza langung tak pergi berziarah... Duduk jer kat rumah.... Sampailah 6hb... Baru keluar rumah. Tu pun pasal nak pergi klinik untuk buat pemeriksaan ibu mengandung

Hehehe... Ada kisah lucu tau kat klinik. Fiza takut ngan jarum. Memandangkan sekarang Fiza dah nak masuk 4 bulan so nurse bagi first injection untuk Fiza. Fuhhh!! Tengok jer jarum Fiza terus tanya diorang... Tak sakit ke?... Nurse tu kata apa sambil gelak2... "Macam budak kecik, rasa dulu baru tau sakit ke tidak..."

Alah... Rupanya, jarum tu je nampak besar... Tapi tak sakit pun. Hehehe.

Nak cerita pasal apa lagi ek! Rasanya nantilah ek Fiza continue... terasa laparlah pulak perut ni. Hehehe...

Thanks yer kepada yang sudi membaca entri Fiza yang merapu meraban entah apa-apa. Ekeekeke...





ARTIKEL LAIN DI SINI

8 comments:

  1. waa~!! cngrats siz!! dh lame x snggah sini.. wooo~~ bahaya ibu mngndung mnum air gas.. take cre okay! :D

    ReplyDelete
  2. entri merapu la muni suka.meriah gak raya fiza..percaya dah..mmg fiza tak tgkp gmabar lgsung.hehe..

    ReplyDelete
  3. Farhana Jafri : Thanks Farhana. Betul tu, ibu mengandung mana boleh minum air gas. orait!

    ReplyDelete
  4. Puan Kutu : hehehe... Ada2 je Muni yer =)

    ReplyDelete
  5. bunga pun agak takut ngn jarum sekarang..hee

    ReplyDelete
  6. Bunga : Samalah kita Cik bunga. Hehehe.. Tua2 pun takut ngan jarum. kekeke.

    ReplyDelete
  7. org xmengandung pun bahaya minum air gas byk2 ni..hehe..congrat nak dpt anak nanti..

    ReplyDelete