Hola, Tengah buat apa tu? Jom kita cuci mata kejap... Cuci mata bukan bermaksud cuci mata dengan air ... Hehe. Tapi cuci mata melihat keun...

:: Wowwwww... MENARiKNYA RUMAN KEDiAMAN iNi ::

/
2 Comments
Hola,

Tengah buat apa tu? Jom kita cuci mata kejap... Cuci mata bukan bermaksud cuci mata dengan air... Hehe. Tapi cuci mata melihat keunikan rumah ciptaan manusia yang begitu kreatif menggunakan otak sehingga mampu mencipta rumah kediaman yang unik lagi menarik

Rumah kediaman yang saya maksudkan ialah earth house (rumah bumi). Malah, dikenali juga sebagai Earth Sheltered Home (rumah perlindungan bumi) yang terdapat di Switzerland.

Cantik tak?


Untuk makluman, rumah ini direka oleh Peter Vetsch dengan tujuan untuk mengekalkan alam sekitar. Rumah seperti ini boleh didapati di Switzerland. Menarik dan sungguh unik kan...



Meskipun dindingnya dibuat daripada tanah dengan menggunakan rekaan organik, ia mampu melindungi penghuninya daripada suhu rendah, angin dan ribut. Seni bina rumah ini menggunakan dapur kontemporari, bilik mandi dan sistem kawalan rumah.




Fuhh!! Memang hebatlah rekaan rumah bumi ni... Pasti sejuk. Macam manalah kalau rumah seperti ini dibuat di Malaysia? Ahaksss.... Pasti rumah tersebut menjadi tempat yang akan menarik perhatian orang ramai untuk melihatnya. Sungguh cantik! itulah ayat yang sesuai untuk menggambarkan keunikan rekaan rumah bumi hasil rekaan  Peter Vetsch. 




Sumber Info : Majalah Milenia






ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments: