Back to Top

15 June 2011

:: 4 TiP UNTUK PERUT KEMPIS ::

Hola,

Petang yang mendamaikan... Sungguh sesuai untuk membaca bahan bacaan ringan sambil minum petang bersama keluarga. Fuhh! bahasa... berbunga-bunga. Hehe. Perasan lebih... Tapi betul apa, pasti ramai yang suka membaca untuk merehatkan otak. betul tak?

Kalau Fiza, petang-petang Fiza suka baca majalah dan salah satu majalah kesukaan Fiza adalah majalah iSIHAT. Hurmmm... Topik yang saya rasakan menarik untuk dikongsikan kali ini ialah tip bagaimana untuk kempiskan perut... Penting tu.

Baiklah, berdasarkan kenyataan di dalam majalah tersebut... Tip yang pertama ialah jauhi pemanis buatan. Apa tu? Pemanis buatan adalah seperti kek, cupcake dan sebagainya... Pendek kata, makanan yang diproses yang mengandungi pemanis yang tinggi disebut pemanis buatan. Hurmmm... Nampak gaya, kalau nak kempiskan perut kenalah kurangkan makan pemanis buatan kerana menurut kajian Universiti Purdue membuktikan pemanis buatan berisiko menyebabkan kegemukan

Kemudian, tip yang kedua pula kenalah wajib mengambil serat setiap hari... tip ketiga pula ialah apabila terasa ingin mengunyah sesuatu, jangan membeli biskut atau kerepek. Tetapi... sebaliknya, cuba ambil kacang-kacangan kerana menurut kajian terbaru dari Universiti california, Los Angeles... Wanita mengunyah kekacang boleh mengurangkan ukur lilit pinggang 50 peratus lebih banyak daripada mereka yang tidak mengamalkan tip ini. 

Manakala tip yang terakhir pula ialah buang tabiat suka mengambil makanan yang tinggi kalorinya kerana semakin kurang kita mengambil makanan yang berkalori tinggi... Maka secara automatik jumlah pengambilan kalori menjadi berkurangan. Sekurang-kurangnya, cara ini juga menjadi penyumbang kepada cara untuk kempiskan perut kan. Hehe.


Hurmmm... senangkan. 


Apa-apapun thanks yer kepada yang sudi singgah.



2 comments:

  1. makan kekacang?bukan kacang tu tggi kolestrol ker?

    ReplyDelete