16 May 2011

PERKAMPUNGAN ORANG ULU... AKU CUKUP TERUJA!

Hola,

Huhhh! Lamanya tak updated blog... Rindu rasanya. Ahaksss. Hurmmm... Banyak yang ingin aku coretkan. Antaranya, kini aku berada di perkampungan orang ulu... Iaitu tempat suamiku mengajar. Fuhh! Ambik masa 2 hari nak sampai tempat ni tau... Aku sungguh teruja berada di perkampungan orang ulu, walaupun ia suatu yang asing bagi aku. Dua minggu berada di sini sepatah haram percakapan mereka aku tidak fahami. Sungguh menyedihkan. Tapi takpe... Hehe. Nanti aku nak gak belajar bahasa orang ulu andainya berkesempatan. Namun, kali ini aku bukan ingin bercerita tentang bahasa orang ulu.

Namun, ingin berkongsi serba sedikit panorama sepanjang perjalanan aku menuju perkampungan orang ulu...

Haaa... Perjalanan yang dilalui menuju ke perkampungan orang ulu... Sangat-sangat menakutkan. Pasai apa, sepanjang perjalanan kami asyik terserempak dengan lori kayu balak... Ya Allah! Besar-besar kayunya mak aiii... Sampaikan aku takut untuk berkata apa. Bukan tu jer, kami juga turut terserempak dengan transformer... Ahaksss... Apa tak nya, jumpa lori yang boleh dilipat tayarnya seperti transformer.

Sepanjang jalan mana ada jumpa kereta kecik. Boleh dikira dengan jari. Yang banyaknya... Lori balak. Rasa nak balik jer rasa. Huhu! Tapi suami punya pasal, ikut jer lah... Walaupun ketakutan. Kihkihkih...

Hampir dua jam jugaklah dari bandar Bintulu, baru sampai ke sekolah... Ya Allah! Lenguh rasanya duduk dalam kereta... Lepas tu pulak, sesi mengemas rumah. Al-maklum jelah, hubby kita baru pindah rumah baru... Hurmm, berselerak jugaklah rumah...

Tu yang baru berkesempatan updated blog... Lepas tu pulak broadband buat pasal. Resah dan gelisah dibuatnya... Ahaksss. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak updated blog.

Hehe, nanti aku updated lagi dengan gambar-gambar yang menarik tentang perkampungan orang ulu... Tak edit lagi... Heehe. Lama haihhh tak updated blog... 

Rindunya nak jenjalan di alam maya terjah blog kengkawan. Hehe.

10 comments:

  1. Menarik tapi tulah jauh gak perjalanan yang dilalui. Penat sungguh.. Hehe

    ReplyDelete
  2. selamat beraktif blk kak..bahaya btol tmpt camtu kak...gigih btol hubby akak kan kerja dekat situ...

    ReplyDelete
  3. Thanks Faiz... Nak buat macam mana Faiz dah menjadi tanggungjawab kan. Kalau tak nak dihantar ke ulu2 kenapa sanggup nak menjadi guru kan. Kalau kita tak sanggup macam mana nasib golongan masyarakat di pedalaman... Kesian dengan mereka. Walaupun pada dasarnya takut namun itu tidak jadi penghalang kata hubby akak.

    ReplyDelete
  4. patutla lama fiza tak update..sy pon lama dah x jengah sini..selamat hari guru buat suami fiza..nnt fiza terus tinggal dgn suami ker?

    ReplyDelete
  5. kakakkkkkkk..lama nya ilangkan diri ye...chii tertunggu2 dan ternanti2kan klas bahasa s'wak ni..eheh...

    hope sntiasa sihat2 n eppy2 slalu ya di samping cik abg tersyg =)

    ReplyDelete
  6. Rina AVAIL : Thanks dear.. Hehe. Pasal terus tinggal dgn hubby tu taklah Rina. Sebab nanti hubby gak nak mintak pindah.

    ReplyDelete
  7. Chii : Ya adikkkk. Hehe. Akak tak ilang lah my dear. Akak ada cuba broadband jer buat hal. tu yang tak updated. Hehe. Nanti ek. InsyaAllah akan akak kongsikan lagi Bahasa Sarawak. Thanks dear =)

    ReplyDelete
  8. lamanya fiza menghilang..best tu pengalaman baru.jauhnya hubby mengajar..utk ank bangsa.selamat hari guru utk hubby fiza..:)

    ReplyDelete
  9. lori transformers tu tengah berlakon kat situ hehe

    selamat kembali ke dunia blog kak :)

    ReplyDelete