Assalamualaikum dan selamat malam semua, Semua dah makan tak ? Hehehe… Jangan tak makan tau nanti perut masuk angin lah pulak… Jangan main-...

Korang Pernah tak main?

/
24 Comments
Assalamualaikum dan selamat malam semua,

Semua dah makan tak ? Hehehe… Jangan tak makan tau nanti perut masuk angin lah pulak… Jangan main-main karang sakit siapa susah… Family gak yang susah… Ya tak…

Cakap pasal main-main… Entri ni pun berkisar tentang main… Korang pernah tak main permainan pesanan berantai?… Ahakksss

Malam ni kiranya saya nak berkongsi sedikit tentang permainan ni… Tu pun Saya main permainan ni semasa menjadi jurulatih Modul Pembinaan Karektor, PLKN…

Nak dijadikan cerita… Saya dan kengkawan saya iaitu Zaini, Hussien…. My hubby, saya, Clara, Sham dan beberapa orang kawan yang lain boring dibelakang stageSo kita pun main permainan ni di mana pemula nya adalah My hubby...

My Hubby : Aku mendengar sebuah lagu di corong radio yang lorong lagi lohong, sungguh mengasyikkan lagi menyeronokkan ( hubby berbisik di telinga Saya)

Saya : Aku mendengar lagu di corong radio yang corong lagi bohong, sungguh mengasyikkan dan  menyeronokkan ( saya berbisik di telinga Sham)

Sham : Aku  mendengar lagu di radio yang corong lagi lorong mengasyikkan… Sungguh menyeronokkan ( Sham berbisik di telinga Clara)

Clara : Aku sedang mendengar lagu di corong radio yang lohong dan  mengasyikkan( Clara berbisik di telinga Kawan seterusnya) sehinggalah sampai ke Zaini)
.
.
.
.

Zaini : Aku suka mendengar lagu di corong radio. Sungguh mengasyikkan

Tengok….. Betapa jauhnya simpang pesanan tersebut tersasar dan  membawa pengertian yang berbeza…  Semua macam tak pernah korek telinga jer… Hehehe.

Macam tu jugaklah kehidupan kita… Sebab itu berlaku fitnah sana-sini sebabnya ada manusia-manusia yang berhati jahat dan pandai menambah perisa dalam sesuatu cerita… 

Bersama-samalah kita beringat… Nak jadi insan terbaik, bermuhasabah diri lah selalu… Jangan pandang keburukan orang, tapi sebaliknya lihatlah kekurangan diri dengan mata hati

Wallahualam…



ARTIKEL LAIN DI SINI

24 comments:

  1. selalu jugak main.ttp muni panggil telefon berkarat.haha..main masa sekolah dulu,pastu time BTN, pastu masa kursus,memang best dan kelakar..lain yg bgtau..lain yg keluar..

    ReplyDelete
  2. Puan Kutu : hahaha... Pastu gelak2 dgr jawapan dari orang terakhir. Seronok gak permainan ni kalau lama dah tak main. Hehehe. Muni Sihat?

    ReplyDelete
  3. klu mcm tu kte kene cipta tepon yang ada "copy and paste" hihihihi.. baru btol.. ye tak kak? hikhikhik...

    ReplyDelete
  4. Hahahakk... Kalau benarlah bagai dikata Eyqasara... Pasti seronok Kan..

    ReplyDelete
  5. slalu gak main time skolah dulu..kita cuma leh harap 2-3 org je..pastu semua info akan berubah..

    so nk tau sama ada sesuatu cerita tu betul atau dak..tanya blk pada sumber asal..kalo takat dgr2 ckp org...mmg x kemana :)

    ReplyDelete
  6. Chii : Betul tu dear, sepatutnya sebagai pendengar cerita x menerima 100% sebaliknya menilai dan menyiasat adakah yg kita dgr itu etul atau rekaan semata-mata.

    ReplyDelete
  7. xsilap dulu pernah main permainan ni..

    ReplyDelete
  8. Faiz : Hehehe, pasti penah kan... Dulu2 permainan ni femes lah jugak terutamanya yg ikut kursus gov. Pasti ada.

    ReplyDelete
  9. yang game nie selalu maen...
    kitorang panggil telinga beracun...
    hahaha...



    sape nak menang ipad 2 ??? > http://solomolo.blogspot.com/2011/04/sape-nak-menang-ipad-2.html

    ReplyDelete
  10. Solo Molo : Wah! macam2 ek nama permainan ni. Hehehe. Orait, akan saya terjah blog awk... Tunguuu...

    ReplyDelete
  11. keputusan dah kuar...
    http://solomolo.blogspot.com/2011/04/keputusan-teka-solomolo.html

    ReplyDelete
  12. ha ah..telinga beracun..x pun radio bergerak :D

    mmg lawak la..bila da akhir2 mcm2 jawpan akan kuar :p

    ReplyDelete
  13. Tu sebab sesuatu yang tidak difailkan akan dicakap sebagai mitos. Tapi kadang-kadang benda tu bertulis pun ada orang pergi ubah fakta. Fitnah sana sini. Betul cakap Cik Fizalinolie. :)

    ReplyDelete
  14. Solo Molo : Orait... Hehehe.

    Chii : Macam2 kan nama permainan ni. Hehehe.

    Miss Tira : Betul kata awak dear. Kerana pandai mengubah ceritalah berlakunya fitnah sana-sini =)

    ReplyDelete
  15. Cik Fizalinolie, errr.. Actually blog Tira ada 2 penulis. 1 lelaki 1 lagi perempuan iaitu Tira. Resepi dekat blog tu sebenarnya dimasak oleh orang lelaki iaitu penulis ke-2. Hebatkan. Hahaha.

    ReplyDelete
  16. salam...datang sini jalan² dari blog BA... :)

    dulu slalu jugak main game ni...hehehehe...memang jauh terpesong...

    ReplyDelete
  17. Sekali saja main. Ia mengajar kita agar jangan percaya kepada khabar angin . Jika nak mengetahui sesutu perkara, kenalah cari dari sumber yang sahih. Ya tak?

    ReplyDelete
  18. Awan Biru : Yes! that true... terutamanya cerita2 yg boleh menyebabkan berlakunya pepecahan, pergaduhan atau sebagainya...

    ReplyDelete
  19. muni sihat jer.fiza dah berapa lama kawen?sabo..teruskan usaha.hehe....nti ada baby msti comel macam fiza.hehe..

    ReplyDelete
  20. dulu selalu main...wah teringat pulak masa kecik2 dulu sapa cakap salah kena ketuk ketampi...ish22 manalah kengkawan masa kecik dulu..lama menyepi..

    ReplyDelete
  21. Puan Kutu : Fiza kawin dan 9 bulan dah Muni. Hehehe. Thanks yer. Huhu. Out of topic kejap. hahaha.

    ReplyDelete
  22. ada juga main masa lecturer dulu nak buktikan yg keterangan dengar cakap tidak begitu diterima, disebabkan adanya penambahan dan kekurangan seperti yg dimainkan dalam permainan ni he

    ReplyDelete
  23. Atiey : hehehe. Siap ketuk ketampi lagi tu... Yelahkan! kalau ingat masa kecik2 memang best. Bila dah besar, masing2 bawak haluan masing2...

    ReplyDelete
  24. Tengkorakemas : Best kan main tok... Walaupun nya main macam buang masa jak tapi ada yang tersirat sebernanya disebalik permainan tok.

    ReplyDelete