Hola, Di awal pagi yang redup dengan bunyi deruan kereta yang entah bila berhenti... Namun, itu tidak menjadi penghalang untuk kita terus...

:: HADIRMU ::

/
21 Comments
Hola,


Di awal pagi yang redup dengan bunyi deruan kereta yang entah bila berhenti... Namun, itu tidak menjadi penghalang untuk kita terus merehatkan badan di hujung minggu... Ahakksss... Ayat merapu di pagi hari...


Namun, saya ingin kongsikan satu puisi nan indah untuk dihayati...


Ranjau perjalanan membawa erti,
Penantian yang lama kucari dan kunanti,
Kini hadir mengetuk pintu hati,
Yang lama mendung hilang cahaya,
Seri siang dan damai yang gelap.

Hadirmu...
Menyinari setiap sudut hatiku,
Menyejukkan gersang di dasar mataku,
meredakan ribut dalam ruang fikirku,
Menyirami mekar merah jantungku,
Menyinari setiap langkah perjalananku,

Hadirmu...
Jawab semua penantianku,
Tiada keraguan kau memberi erti hidupku,
Berjuta resah dan kegelapan masa lampau,
Kau sinari dengan wajah sucimu,
Sesuci embun yang menyirami pagi,
Indah penuh keceriaan,

Hadirmu...
Menjadikanku dekat padamu,
Damai hati berlagu,
Menyanyikan melodi indah buatmu,
Tak ingin waktu pantas berlari,
meninggalkanku bersama bayang,
penuh harapan yang pasti.

Ahaksss.... Fiza ingin kongsikan puisi ini sekadar ingin mengetahui apakah pendapat korang terhadap puisi ini?





ARTIKEL LAIN DI SINI

21 comments:

  1. bab2 puisi ni mmg fail la..

    ReplyDelete
  2. Faiz : Haippp!!! awal nyer kata fail. Macam mana ni nak mengayat pompuan. Heehe.

    ReplyDelete
  3. oklah best tu....

    penantian akan berakhir kut nanti 28hb kan...hahah....

    ReplyDelete
  4. hubby akk bgi ke?? sweet sgt!! klau ad laki bgi puisi mcm ni mmng smnggu sngih je smpai ke tlinge.. hik3

    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  5. Yatie : Hahaha... Lain pulak dipikir yatie yer. Yang tu memang tak sabar nak tunggu. Heee.

    ReplyDelete
  6. Pembawa Wacana : Thanks yer di atas pujian itu.

    ReplyDelete
  7. Farhana : Wah! mcm mana boleh teka ni. Heee. Yup! hubby akak bagi time mula2 dia tackle akak dulu. Huhu, siap bubuh dalam frame lagi untuk kenangan. Entahla. Akak ni pelik sikit... setiap pemberian dia walaupun kecil mana sekalipun amat bermakna bagi akak... Mana2 akan akak letak. Supaya cinta itu sentiasa mekar. Ahakss. Jiwang karat.

    ReplyDelete
  8. bile baca puisi tu, tetibe teringat kat lagu ni...


    Dalam perjalananku
    Masih jauh harusku tuju
    Aku mencari-cari cinta
    Cinta yang tulus dan sejati

    Kerna aku percayakan
    Cinta suci yang datang dari hati

    Hadirlah kasih...
    Hadir dalam mimpiku
    Hadirlah cinta...
    Hadir dalam hatiku
    Hadirlah sayang...
    Hadir dalam hidupku
    Hadirlah kasih...
    Agar tercapai segala-galanya

    Harus aku mencari
    Cinta yang tulus dan suci
    Punya segala-galanya
    Apa yang aku impikan

    Kerna aku percayakan
    Cinta suci yang datang dari hati

    Kalau ditakdirkan
    Bertemuku denganmu
    Akan kubina istana bahagia
    Agar kita bersama
    Kekal selamanya

    Hadirlah kasih...
    Hadir dalam mimpiku
    Hadirlah cinta...
    Hadir dalam hatiku
    Hadirlah sayang...
    Hadir dalam hidupku
    Hadirlah kasih...
    Agar tercapai segala-galanya ...

    ReplyDelete
  9. Solo molo : Huhu, solo siap bagi lagu lagi kat saya yer. Thanks yer solo.

    ReplyDelete
  10. hehe mesti fiza ngah boringkan?? kesian fiza rindu hubby blik..hem best puisi tu sengih smpai telinga mumy baca...

    ReplyDelete
  11. alamak.....klau bab2 puisi nie,den lomah ckit....hahaha

    ReplyDelete
  12. pheewit! sastera dan puitis sungguh hubby kak ye :)

    ReplyDelete
  13. Atiey : Ha'ah mummy.. Tau jelah kalau dah sunyi tu ditambah lagi Fiza ni kalau sunyi semua benda pemberian hubby mesti dibukak balik. Pastu nagis... Huhu, rindu punya pasal. Ahaksss.. Sengalkan.

    ReplyDelete
  14. Nabilah : Ahakss... Nak buat macam mano, dah org bagi. Hehehe.

    ReplyDelete
  15. Tengkorakemas : Biasa2 jak hasrul. Mun datang jiwa karat nya ya.. Mcm perangai sampai puisi nya polah. Ahakss.

    ReplyDelete
  16. Wah akak ada bakat ni. Sampai sekarang Tira tak dapat nak bezakan puisi dengan sajak. Hahaha. Tira pernah dapat puisi dari Bro Ery. Kenapalah semua orang pandai buat puisi ye. Tira je tak tahu nak buat macam mana. Haha.

    P/s: Maaf lambat komen sebab busy sikit.

    ReplyDelete
  17. Miss Tira : Heee, Akak pun kurang arif gak dgn puisi ni. Tapi kalau hubby akak ya Allah. Jiwang tak habis2. Hee.

    ReplyDelete
  18. hadirmu betul2 menyinari hidupku..huhu best puisi nie.sy memang peminat puisi..:)

    ReplyDelete