Back to Top

09 March 2011

RAHSIA KEJAYAAN BEN ASHAARI


I Learned something? 

Hurmm... Hari demi hari saya mengikuti penulisan Abang Ben... Dan hari demi hari followers nye semakin ramai... Great Job... Kenapa? saya sentiasa berfikir... Apakah resepinya... Mungkin susah untuk dinyatakan... Namun, ada sesuatu yang saya pelajari daripada Abg Ben... Penghargaan yang tidak pernah mengenal erti siapa orang itu untuk dihargai... Pelbagai segmen Abg Ben lakukan semata-mata untuk melihat blogger lain maju dan tidak berputus asa dalam dunia blogger. 

Keikhlasan dalam sebuah hubungan itulah antara lain yang dapat dilihat daripada Abg Ben... Pernahkah kita memikirkan kesihatan Abg Ben... Isteri Abg Ben... Semata-mata kerana ingin membantu blogger baru. Tidur sampai pukul 3 pagi... untuk mengemaskini blog list segmen nyer... Entahlah! tetiba jer hari ni saya tersentuh hati melihat komen-komen yang ada di blog Abg Ben... Saya menyedari, betapa hebat nya Abg Ben mampu membuatkan hubungan terjalin antara ahli blogger baru dan lama walaupun di dunia siber... yang mana kita tidak pernah mengenali antara satu sama lain... 

Selain itu saya suka dengan words "win-win situation" yang selalu Abg Ben sebutkan... Pernahkah kita berfikir betapa hebatnya this words kalau kita praktikkan... Apa yang saya lihat... Abg Ben banyak bermain dengan words ini... Bagaimana? Salah satunyer... Walaupun Abg Ben tidak dapat singgah di blog followers nya... Tapi Abg Ben menggunakan cara pendekatan yang amat bagus... Bagaimana? Hurmmm... Nah! lihat sajalah komen-komen kita di blog Abg Ben... Kita datang bertandang ke blog Abg Ben, Abg Ben menang... Nah! kita dapat habuan... tempias dek populariti Abg Ben... Kita turut menang dengan bertambahnyer followers... 

Nah! Semuanya lahir dari hati nurani yang ikhlas untuk berkawan... menerima orang lain dengan seadanya... Menjadi pendengar yang baik... Tengok sajalah bagaimana Abg Ben membuat sesuatu kejutan dengan segmen pilihan... Ingatlah! Apabila kita menghargai orang lain... orang lain akan lebih menghargai kita... Berkawanlah dengan sesiapa, ada sesuatu yang kita pelajari dari mereka... Janganlah berblog hanyalah semata-mata untuk mengejar wang ringgit... Tetapi wang ringgit akan mengejar kita sekiranya kita ada kemahuan, kegigihan, keikhlasan dan menerima pendapat orang lain... dan tidak lupa berterima kasih dengan orang yang memberi sumbangan... give and take... Hidup di dunia ni hanyalah sementara... Buat apa kita bersenggeta, berhasad dengki demi untuk meraih followers dan traffic sesak tu.... Hehehe.

Itulah rahsia kejayaan Abg Ben daripada pandangan saya... Itu Pendapat saya... Fikir-fikirkan lah... Korang pulak macam mana? Jomm.. Kita sama2 fikirkan bagaimana Abg Ben berjaya... Nak mandilah... Dah petang dah ni... Hehehe...

10 comments:

  1. setuju sangat..
    Abang Ben tak pernah bezakan semua pembacanya..

    ReplyDelete
  2. Ben Ashaari mempunyai aura yang tersendiri. Beliau berbeza dari blogger yang lain.

    ReplyDelete
  3. salam, paduhal ktk orang s'wak hehe.. baruk tauk kmk.. kmk dah follow ktk dah.. hehe

    http://fuyohblog.blogspot.com/2011/03/hero-pilihan-anda-hehe.html

    ReplyDelete
  4. Yesss... I'm Sarawakian... Yah! baruk ktk tauk kmk Fuuyooh.. hehehe.

    ReplyDelete
  5. hehe..bagusnya tone penulisan awak..nah, mesti akan jadi blogger berjaya suatu hari nnti..~

    ReplyDelete
  6. boleh jadi sasterawati negara nih..
    sebab pandai tulis dan olah ayat yang menarik..hihi

    ReplyDelete
  7. Thanks semua, apa2 pun kita patut jadikan Sikap sebegini sebagai contoh dalam kehidupan kita :)

    ReplyDelete