Back to Top

15 February 2011

PeTua oh PeTua 1 | Harumkan Dapur

Buongiorno a tutti,


Selamat pagi semuanya, hehehe. semangat di awal pagi dan mulakan hari anda dengan secawan susu. Tapi jangan lupa kurangkan gula tambahkan manisan dalam senyuman. Hehehe. Sudah pasti ramai yang sibuk pepagi ni menyediakan sarapan pagi, tapi aku sibuk kemaskini blog aku. takpelah yang penting sarapan dah siap. hehehe. Tapi aku ingin berkongsi satu petua pada pagi ini iaitu " Mengharumkan dapur ". Pasti awal-awal pagi ni banyak benda nak dimasak dan mesti dapur kita kotor dan berbau kan... kan...

Pada kebiasaannya bahagian dapur akan berbau kurang menyenangkan kita. Ada ke dapur tak  berbau? Hehehe. itu mungkin bagi dapur yang tak pernah berasap. Tapi dapur tak pernah berasap masih gak berbau... bau apa? bau hapak. Hohoho. Dipendekkan cerita pepagi ni dan perut pun dah lapar, bagi mengatasi masalah ini, rebus beberapa kulit kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. kemudian semburkan atau lapkan air rebusan tadi pada kabinet dapur, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan untuk menghilangkan bau hanyir serta bau lain yang kurang menyenangkan. Ha! mudahkan. Sama-sama kita mencuba. Sesungguhnya Islam mementingkan kebersihan. Wallahualam.

 


Petua pertama untuk anda daripada Fizalinolie.

1 comment:

  1. nak cubalah petua ni..cuka tu cuka makan eh? takkan cuka getah pulak kan..

    ReplyDelete