Permohonan Google Adsense diluluskan

Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah, di atas peluang dan ruang yang ada... Untuk Fiza berkongsi cerita. Semoga segala urusan kita sepanjang harini dipermudahkan hendaknya. Ameen...

Walaupun sibuk dengan tempahan kait. In Shaa Allah, ada masa yang terluang nanti akan Fiza updated jugak cerita di sini. Bercakap pasal cerita... Kali ni Fiza nak kongsikan cerita mengenai akaun google adsense.

Tapi sebelum tu, kena tahu apa itu google adsense. Based on apa yang Fiza tahu... Google adsense adalah sebuah program periklanan online yang dimiliki oleh google... Di mana para blogger boleh menjana pendapatan melaluinya dengan cara membuat permohonan dengan pihak google adsense untuk beriklan di blog kita. Then, setiap iklan yang di klik datang dari blog kita akan dibayar. Terdapat beberapa terma dan syarat yang perlu dipatuhi sebelum permohonan kita diterima. That it's serba ringkas berkaitan dengan google adsense.


Hendak dijadikan cerita, start last year... Fiza dah try memohon. Tapi ketiga-tiga permohonan Fiza sepanjang tahun ditolak. Walaupun begitu, Fiza tetap tak berputus asa. Alhamdulillah, selepas blog Fiza ditukar template dan beberapa broken link dibuang... Fiza sekali lagi mencuba nasib untuk memohon google adsense  last week. Tak sangka permohonan Fiza di' review dengan cepatnya... Dan semalam, Fiza dapat email feedback daripada google adsense team yang mengatakan permohonan Fiza diluluskan. 

Semalam, after Alia dan Ain tidur.... Fiza pun masukkan code iklan google adsense di blog. Alhamdulillah, starting today... Blog Fiza dah boleh menjana income dari google adsense... Semoga usaha Fiza membuahkan hasil hendaknya. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Kan?