Scammer di media sosial | Minggu ni tempahan kait kurang, maknanya ada masa untuk Fiza updated blog. Alhamdulillah... Rindu sebenarnya nak berceloteh. Tapi apakan daya, banyak sangat keperluan hidup yang perlu dilunasi. Sudahnya blog sedikit terabai. 

Di sini, Fiza nak berkongsi sedikit berkaitan scammer di media sosial. Apa itu scammer? Berdasarkan apa yang Fiza google, scammer membawa maksud penipu di laman sosial dan rata-rata ia berlaku di facebook.

Contoh, penipuan, scammer, di, media, sosial, facebook,

Baru-baru ni, adalah salah seorang frendlist Fiza yang update status berkaitan scammer iPhone terlajak murah. Allahu Akhbar, sampai limaratus lebih duit dia kena tipu. Iphone pulak entah ke mana. Hurmmm... Sanggup yer tipu orang semata-mata untuk dapatkan wang.

Daripada contoh printscreen whatsApp perbualan dia dan penjual tersebut, ternyata si penjual sangat pandai memerangkap pembeli dengan kata-kata manis sehingga bagi nombor kad pengenalan, kononnya dia memang trusted seller. Hurmmm... Mudahnya nak bagi maklumat peribadi pada orang macam tu je. Ke... Dia guna ic orang lain. 

Biasanya, kalau Fiza lah yer... Bila nak beli barang melalui facebook. Pertama sekali Fiza akan check akaun facebook tersebut... Bila dibuat, tengok berapa ramai yang like, berapa ramai yang komen dan testimoni daripada pembeli yang terbaru. 

Sebab apa ye, dulu pernah ada tau yang promote barangan murah giler... Sudah menjadi adat, siapa tak nak dapat barang dengan harga terlajak murah. Tapi, bila check fb dia... Baru di create, follower pun tak ramai. Lansung takde satu pun testimoni dari pelanggan. Walaupun murah, boleh percaya ke kalau takde maklumat lansung pasal urusan jualbeli. 

That why, kita tengok sekarang ni... Trend di fb:-
Nak pos barang jualan pun, ambik gambar... Then,  tayang di fb. Dapat feedback dari customer pun, printscreen dan tayang balik di fb.

Tu semua bukan nak menunjuk. Tapi, untuk membuktikan si penjual adalah trusted seller dan bukannya scammer. Namun, dah menjadi lumrah hidup... Kekadang ada manusia berhati hitam... Dikatanya kita nak menunjuk pulak... Huhu. Serba tak kena pulak jadinya. 

Apa pun yang berlaku, sebelum membeli... Kita seharusnya membuat sedikit penyelidikan.... Kerana kita ada pilihan untuk memilih. Yelah, manusia ada pelbagai peel. Kekadang, ada yang sanggup menghalalkan cara untuk dapatkan wang. So, berhati-hatilah yer semasa membeli di atas talian supaya tidak menjadi mangsa scammer.

Sekian, cerita orang yang tak boleh nak lelapkan mata. Huhu... Dah 4 pagi dah...