Cara Buat San Rimo Spiral paling mudah | Lama tak update, tetiba nak share resepi bila encik suami bagi feedback kata sedap. Haha... ...

Cara Buat San Rimo Spiral Paling Mudah

/
0 Comments

Cara Buat San Rimo Spiral paling mudah | Lama tak update, tetiba nak share resepi bila encik suami bagi feedback kata sedap. Haha...

#creditpicturefromgoogle
Selalu jugak tengok produk San Rimo Spiral di kedai, tapi tak terfikir nak membeli. Entah, tetiba encik suami petang tadi teringin nak makan. Layan jelah. Aku buat versi sendiri, main redah walaupun pertama kali masak. Lansung tak google resepi. Apa yang aku fikir... Kalau tak sedap buang jelah. Tapi... Aku confident punya... Confirm sedap. Riak sekejap. Haha... Bukan riak. Bila buat sesuatu... Kita mestilah confident. Baru menjadi. Betul tak?

Nak sedap, bahan asas kenalah ada. Seperti biasa bawang putih, bawang merah dan cili dihiris halus.. Sebelum tu... Kena rebus hirisan daging dulu kalau nak tambah bahan. Then, san rimo spiral pun kena rebus bagi lembut. Dah settle...

#creditpicturefromgoogle
First, kena goreng bawang dan cili sampai naik bau. Then, masukkan sos, sos tiram dan kicap manis pedas mahsuri semestinya. Masukkan daging, masukkan sayur dan san rimo spiral... Gaul sehingga masak. Superrrrb. Tak sangka sedap tau. Sila angkat bakul sendiri. Haha...


Lepas ni takde takutnya resepi tak menjadi. Ingatkan payah nak buat. Rupanya senang...

Sebenarnya... Encik suami teringin nak makan sebab pernah tengok rakan sekerja makan. Dia bagi hint kat aku... Dorang buat goreng je pun. So, aku pun buat guna resepi macam goreng mee biasa ja. Janji sedap.




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: