Back to Top

13 February 2017

Usaha dan kesabaran kena ada

7:38:00 AM 2 Comments

Usaha dan kesabaran kena ada | Walaupun follower IG Fiza_Crochet tak seramai artis. Haha... Tapi, aku tetap sabar. Bukan mudah nak perkenalkan produk kita kepada orang ramai right. Nak membina kepercayaan kepada pembeli perlukan kesabaran.


Alhamdulillah, right now... Walaupun tempahan tak sehebat mana... Jualan pun tak terlajak laris... Yang penting mereka yang membeli dan menempah barangku berpuas hati. Sekurang-kurangnya masa terluang yang ada... Di isi dengan sesuatu perkara yang membawa manfaat. 

Apa-apa pun usaha dan tindakan kena ada... Selebihnya... Kesabaran adalah bekalan untuk menjadi benteng dalam melariskan jualan.

Kata-kata motivasi buat sendiri sebenarnya... Biasalah, manusia takde yang perfect... Kekadang ada hari dan masa kita berasa down. Betul tak?


11 February 2017

Headband Untuk Bayi 9 - 12 Bulan

10:38:00 AM 0 Comments

Headband Untuk Bayi 9 - 12 Bulan | Selain kasut bayi dan pacifier clip, aku jugak menjual dan menerima tempahan untuk headband. Terbaru, stok untuk headband bayi umur 9 - 12 bulan. Jika nak menempah ikut warna dan pattern sendiri pun boleh. In Shaa Allah, siap dalam masa dua hari.



Inilah antara aktiviti aku sambil jaga anak. Sesaja mulanya untuk mengisi masa terluang. Then, update di instagram fiza_crochet dan facebook. Tak sangka pulak ada yang sudi beli dan order. If ada yang berminat... Boleh whatApp fiza di talian 0138821296 atau email fizalinolie@gmail.com. In shaa Allah, dengan kadar segera fiza reply...


10 February 2017

Produk Terbaru Dari Barangan KAIT

10:16:00 AM 0 Comments

Produk Terbaru Dari Barangan KAIT | Berupa pacifier clip atau dalam bahasa kita klip puting kosong. Alhamdulillah, aku jual dengan harga RM10 setiap satu TIDAK TERMASUK POSTAGE.


Sangat fleksibel untuk baby dan kanak-kanak... Boleh order mengikut warna dan pattern kesukaan sendiri. In Shaa Allah boleh siap dalam masa 2 hari. If nak tengok barangan kait lain... Bolehlah jenguk page Barangan KAIT. Jika berminat, whatApp fiza 0138821296 atau email fizalinolie@gmail.com.

Episod Akhir Biar Aku Jadi Penunggu

7:29:00 AM 0 Comments

Episod Akhir Biar Aku Jadi Penunggu | dah pun tamat. Seperti biasa, ending drama mesti happy. Next week dah start drama akasia terbaru menggantikan biar aku jadi penunggu. Tengok promo di tv3 macam best... Siapa pernah baca novel suamiku paling sweet? Mesti dah tau jalan ceritanya right.

Sumber gambar daripada google image

Ada jugak usha blog myinfotaip. Berdasarkan sinopsis yang ditulis si penulis... Drama suamiku paling sweet mengisahkan tentang seorang gadis sepertinya terpaksa berkahwin dengan anak majikan dan bagaimana si suami menghilang rasa terpaksa dan seterusnya menimbulkan rasa cinta si isteri.... Begitulah lebih kurang jalan ceritanya... Nak tahu bagaimana perjalanan kisahnya, kenalah tengok episod satu bermula Isnin next week. Heronya Syafiq Kyle dan heroinnya pulak... Mawar Rashid yang memegang watak sebagai Qisya Iris.

Hurmmm... Kalau drama biar aku jadi penunggu haritu... Aku tak layan sangat. Tapi tak taulah drama suamiku paling sweet. Biasanya... Kalau ada masa, menyempat jugak usha reviews dari pembaca novel drama yang bakal diadaptasi. If reviews yang pembaca buat mencecah hampir 99.9% mengatakan best... Baru tengok. Begitulah aku... 


09 February 2017

Belajar Berdikari

2:24:00 PM 0 Comments

Belajar berdikari | Bila usia semakin meningkat, semua benda nak try buat sendiri. Dik Ain right now, dah dua tahun sebulan. Kemain, makan tak nak bersuap dah... Minum jangan haraplah nak pegang untuk dia... Mesti kata nak minum sendiri. Adakah Ain dah bersedia nak ada adik? Haha...

Bukan tu je... Tiap kali tengok buai, mesti nak ambik buai dan patung bear dia. Nak buai adik katanya. His... His... Lepas makan pulak, dah reti hantar pinggan ke dapur... Part pakai baju seluar pun sama... Suka nak buat sendiri... Tapi takdelah sampai dah mahir pakaikan baju sendiri... Still perlukan pertolongan si maknya.



Kejapnya masa berlalu. Tengok-tengok Ain dah besar dah. Pagi tadi... Temankan dia breakfast... Crackers cicah Coklat dutchlady... Sampai 4 keping dia habiskan. Lapar agaknya. Almaklumlah... Bangun lewat harini. Hehe...


06 February 2017

Pilihan Warna Yang Menarik

10:50:00 AM 1 Comments

Pilihan warna yang menarik | Alhamdulillah, ada jugak yang sudi menempah kasut kait dengan aku. Tapi takdelah banyak sangat... Sekadar memenuhi masa terluang tu... Adalah.

Alhamdulillah, dua hari lepas ada customer dari Kuching WhatApp kat adik... Kata nak tempah kasut kait ikut warna dan pattern pilihan dia. Boleh ke?

Kenapa pulak tak boleh kan...

So, warna yang dia pilih... pink and gray. Sangat menarik bila digabungkan. Nak-nak untuk kasut baby girl. Memang tepatlah pilihan dia. Manakala pattern pilihan dia pulak adalah seperti berikut.


Dan... Semalam, alhamdulillah... Dah siap. Pattern simple je pun. Just aku add on button mickey mouse je pun untuk bagi kelainan. So, takdelah ciplak 100% that idea kan. Harga pulak... Murah je. RM25 TIDAK TERMASUK POSTAGE. Tapi if banyak aksesori... Lainlah pulak harganya. Hehe...



#kasutkaitmurah