Hari pertama anak ke sekolah | Di sekolah encik suami, sesi persekolahan bagi tahun 2017 bermula pada 3 Januari 2017. Nak dijadikan c...

Hari Pertama Anak Ke Sekolah

/
0 Comments


Hari pertama anak ke sekolah | Di sekolah encik suami, sesi persekolahan bagi tahun 2017 bermula pada 3 Januari 2017. Nak dijadikan cerita... Alia pun mula bersekolah pada hari tersebut even tengah ambik antibiotik untuk tonsil.


Start tahun lepas lagi, aku dan encik suami sering ingatkan tentang sekolah pada Alia. Tak sangka dia sangat teruja untuk ke sekolah. Bangun pagi memang takde masalah... Kejut je, terus bangun. Alhamdulillah... Alia memang senang dijaga dari dulu lagi.

Sampai sekolah, encik suami kata Alia lansung tak nangis... Even kena tinggal dengan encik suami. Kebetulan kelas encik suami pun start 7:30pagi... Tawakal jelah tinggalkan dia dengan guru prasekolah. 

Encik suami kata, dalam kelas tu ada 15 orang, 3 lelaki dan 12 perempuan. Alia paling muda. Sorang je umur 5 tahun. Dah lah 5 tahun... Dia pulak paling besar dan tinggi. Huhu... Aku ingatkan Alia yang paling kecik. Rupanya sebaliknya.

Waktu rehat, encik suami jenguk dia. Kemain cool lagi duduk dengan kengkawan. Haha... Pengaruh upin ipin kot membuatkan dia nak sangat sekolah.

Lain pulak cerita di rumah... Ain lansung tak nak bermain. Ke hulu ke hilir ikut aku... lansung tak nak berenggang. Lepas tu, tak habis-habis tanya mana kakak. Jenuh nak menjawab haihhh...

Hampir dua minggu persekolahan, alhamdulillah berjalan dengan lancar tanpa ada adegan pujuk rayu. Tonsil pun dah ok. Ingatkan Alia yang begitu manja di rumah... Akan susah nak ke sekolah. Tapi sebaliknya, cool dan berani berkomunikasi dengan guru... Tu berdasarkan apa yang encik suami ceritakan. Ya Allah, tetapkan hati anak-anak ku supaya mudah dididik... In Shaa Allah, lain entri... Akan aku sambungkan pulak dengan kisah Alia bercerita tentang kelasnya. Hehe...




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: