Mini cupcake sukatan cawan | entri pertama untuk bulan Ogos setelah sekian lama menyepi. Lama menyepi tak bermakna dah tak berminat u...



Mini cupcake sukatan cawan | entri pertama untuk bulan Ogos setelah sekian lama menyepi. Lama menyepi tak bermakna dah tak berminat untuk berkongsi cerita di alam maya. Cumanya, tuntutan tugas di alam nyata membuatkan aku menyepi buat seketika. 

Untuk first entri ni, aku nak share jugaklah resepi cupcake gebu versi orang kampung. Haha... Guna gelas je buat sukatan. Letak di blog pun... Nanti senang. Lupa, boleh rujuk sini.


Bahan pun sikit. 5 biji telur gred A, 3 gelas tepung, segelas marjerin yang telah dicairkan, 1 1/2 gelas gula, 1 sudu serbuk penaik, 1 sudu ovellate dan sedikit esen vanila. That it's. Hiasan pulak... Terpulang. Untuk kali ni, aku bubuh je chip coklat lebihan bahan biskut untuk raya haritu. So, jimat.

Langkah membuatnya pulak. Pukul telur, gula, ovellate dan serbuk penaik sehingga kembang. Tips nak tahu... Dah kembang ke belum... Terbalikkan bekas untuk memukul bahan. If doh tak jatuh. Mean... Dah cukup kembang lah tu. Masukkan marjerin, tepung dan esen vanila. Pukul sehingga sebati. Bakar 60 minit dengan suhu 180°c... Suhu ikut oven tau. So, kena selalu check... Takut nanti... Hangus pulak cupcake. Hehe...

Alhamdulillah, anak-anak cukup suka dengan mini cupcake yang aku buat. In shaa Allah, nanti nak boh topping pulak. Mana tau... Boleh jual nantinya. Haha... Mata duitan Sungguh. 

Psssstttt.... Bulan ni ada iklan berstatus on going di blog. So, kena aktif balik ni... Saja nak tackle aku ek...

Sup petola suhun | First time mencuba, tak sangka anak-anak pun suka. Alia dan Ain punyai persamaan... Setiap kali makan, mesti cari su...


Sup petola suhun | First time mencuba, tak sangka anak-anak pun suka. Alia dan Ain punyai persamaan... Setiap kali makan, mesti cari sup... Tak kiralah ikan, ayam, daging ataupun sayur... Yang penting sup. Kalau ada sup... Kemain makan, berselera habis.

resepi, sup, sayur, petola, suhun, ayam, lada, hitam,

Lately, nenek dorang rajin berkebun sayur di halaman rumah. Alhamdulillah... Dah pun mengeluarkan hasil. Jimat duit dapur untuk sayur. Kena berhemah berbelanja. Nak-nak sekarang ni... Harga barang kemain lagi. Bawak RM50 ke pasar macam dah takde nilai. Haha... Malas lah nak ulas pepanjang bab-bab harga barang. Kang ada pulak yang melenting.

Berbalik pulak pada cerita utama aku pasal sayur petola. Rupanya petola mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. Berdasarkan beberapa laman yang pernah aku baca, petola dikatakan sayur yang mempunyai rendah lemak tepu dan juga rendah kalori. Ia benar-benar kaya dengan serat pemakanan, vitamin C, riboflavin, zink, thiamin, besi dan magnesium... Di mana dengan memakan petola dengan kerap... Ia adalah cara yang berkesan untuk membersihkan darah kita dari bahan tercemar. Di samping itu ia bertindak untuk meningkatkan kesihatan organ hati. See, betapa berkhasiatnya sayur petola.

Bukan tu je, ia juga dikatakan mempunyai sifat-sifat julap sihat secara semulajadi. Petola boleh dijadikan sebagai ubat yang amat berkesan terhadap masalah sembelit dan mungkin juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit buasir. Ia mempunyai keupayaan membantu sistem penghadaman perut. 

Tu antara lain kebaikan petola. Pendek kata, terdapat banyak lagi kelebihan memakan sayur petola sebenarnya... That why, kena cuba makan walaupun aku kurang menggemarinya. 

Sumber dari google image

Disebabkan Alia dan Ain suka sangat akan sup. Apalagi si emaknya... Cubalah mencari resepi di google untuk disesuaikan dengan bahan yang ada di dapur. So, nak dijadikan cerita... Dapat resepi sayur petola sup suhun. Cubalah membuatnya. Serius sedap. Nak-nak bila dimasukkan ayam yang telah dicarikkan bersama dengan kiub ayam maggie. Superb! Memang terbaik. Tak ikut resepi sangat. Biasalah aku... Suka ubah-ubah resepi. Nanti ada masa, aku share resepinya di sini yer.

Melihatkan keadaan anak yang suka makan. In Shaa Allah, lepas ni bolehlah repeat buat. Alhamdulillah, bertambah satu lagi menu untuk anak-anak. Haha... Macam pelik kan cerita aku. Macam tak pernah tengok petola... Hakikatnya, jarang nak try and error sesuatu resepi. That why, semangatnya bercerita lain macam. Padahal... Bersepah je resepi sayur petola di google. Haha... Sabar jelah yer dengan cerita aku.


Cara Buat San Rimo Spiral paling mudah | Lama tak update, tetiba nak share resepi bila encik suami bagi feedback kata sedap. Haha... ...


Cara Buat San Rimo Spiral paling mudah | Lama tak update, tetiba nak share resepi bila encik suami bagi feedback kata sedap. Haha...

#creditpicturefromgoogle
Selalu jugak tengok produk San Rimo Spiral di kedai, tapi tak terfikir nak membeli. Entah, tetiba encik suami petang tadi teringin nak makan. Layan jelah. Aku buat versi sendiri, main redah walaupun pertama kali masak. Lansung tak google resepi. Apa yang aku fikir... Kalau tak sedap buang jelah. Tapi... Aku confident punya... Confirm sedap. Riak sekejap. Haha... Bukan riak. Bila buat sesuatu... Kita mestilah confident. Baru menjadi. Betul tak?

Nak sedap, bahan asas kenalah ada. Seperti biasa bawang putih, bawang merah dan cili dihiris halus.. Sebelum tu... Kena rebus hirisan daging dulu kalau nak tambah bahan. Then, san rimo spiral pun kena rebus bagi lembut. Dah settle...

#creditpicturefromgoogle
First, kena goreng bawang dan cili sampai naik bau. Then, masukkan sos, sos tiram dan kicap manis pedas mahsuri semestinya. Masukkan daging, masukkan sayur dan san rimo spiral... Gaul sehingga masak. Superrrrb. Tak sangka sedap tau. Sila angkat bakul sendiri. Haha...


Lepas ni takde takutnya resepi tak menjadi. Ingatkan payah nak buat. Rupanya senang...

Sebenarnya... Encik suami teringin nak makan sebab pernah tengok rakan sekerja makan. Dia bagi hint kat aku... Dorang buat goreng je pun. So, aku pun buat guna resepi macam goreng mee biasa ja. Janji sedap.


Siapa kata Nuffnang Bankrup? | Beberapa hari yang lepas ada status di fb mengatakan akaun nuffnang dah tak aktif lagi dah. Huhu... Cuak...


Siapa kata Nuffnang Bankrup? | Beberapa hari yang lepas ada status di fb mengatakan akaun nuffnang dah tak aktif lagi dah. Huhu... Cuak jugak dengar. Mana tak nya... Akaun aku masih beratus jugak tak cashout lagi tau. Kononnya nak buat tabungan.


Then, tadi lepas semua kerja settle... Before nak start mengait sweater tempahan pelanggan... Aku try login nuffnang. Alhamdulillah... Satu iklan berstatus on going melekat lagi di blog aku... Walaupun lama dah tak update blog. 

In shaa Allah, nanti ada masa nak jugak aktif balik berblog. Sayang haihhh... Dari berblog jugaklah aku boleh tambah income

Apa-apa pun, pada yang sudi singgah di sini... Thanks yer. Tanpa korang sunyilah blog aku. Hehe...


Cara mudah ubati batuk anak dengan air lemon | Minggu lepas punya cerita. Aku perasan jugak Alia batuk. Namun, aku sekadar pesankan dia...


Cara mudah ubati batuk anak dengan air lemon | Minggu lepas punya cerita. Aku perasan jugak Alia batuk. Namun, aku sekadar pesankan dia supaya banyak minum air masak yang telah aku bekalkan. Setiap pagi sebelum ke sekolah, sememangnya Alia akan dibekalkan air masak sebanyak 500ml. Kekadang habis, kekadang lansung nampak seperti tak diminum. Biasalah budak. Kita orang dewasa pun... Ada jugak yang tak suka minum air kosong kan.

Then, hari kedua... Batuk Alia semakin menjadi-jadi sampaikan Alia mengadu sakit perut dek kerana selalu sangat batuk. Tapi, batuk seperti tak berkahak. Malamnya, aku cuba bagi dia minum air lemon suam. Daripada segelas... Separuh je dia mampu minum. Before tidur pula, aku urut dia dengan minyak masak yang dicampurkan dengan bawang putih bakar. Alhamdulillah, dia tidur dengan lenanya semalaman.

Subuh aku kejutkan dia. Seperti biasa, Alia takde masalah bangun pagi. Bangun je aku terus bagi dia minum air masak segelas memandangkan batuk dia seperti berkahak. Dia muntah... Ada jugaklah kahak keluar. Malah dia dah start berhingus dah... Color hijau pulak tu. Huhu...

Masuk hari ketiga dan keempat, aku ulangi perkara yang sama. Bagi minum air lemon suam dan urut badan dia menggunakan minyak masak dicampurkan bawang putih bakar. Nampak seperti batuk dia semakin berkurang dan Alhamdulillah... Semalam... Totally, Alia bebas dari batuk. Tu antara petua yang aku gunakan untuk hilangkan batuk anak tanpa makan ubat. Just open sharing berdasarkan pengalaman sendiri. Seriously berkesan. Alhamdulilah... Tapi tak taulah pada orang lain berkesan atau tidak. Yelah, badan kita tak sama. Ada boleh terima... Dan ada jugak yang tak.

Jangan nanti ada yang try. Tak berkesan lalu kecam aku. Haha... Kan? Tapi jenis aku suka mencuba selagi tak memudaratkan dan menyusahkan. Lagipun, banyak kebaikan lemon pada tubuh badan kita sebenarnya jika diamalkan. Di rumah... Setiap hari ada stok lemon. Biasalah encik suami. Stok untuk sauna dia. Mana boleh tinggal.

Apa-apa pun ikhtiar adalah perlu... Tawakal selebihnya. In shaa Allah, Allah tak zalim dengan hambanya... Pasti DIA membantu.

Wallahu'alam.


Badan berangin satu badan | Lately, aku mengalami badan terasa berangin... Terutamanya bahagian perut, berak pun tak lawas. Tak tahu ke...


Badan berangin satu badan | Lately, aku mengalami badan terasa berangin... Terutamanya bahagian perut, berak pun tak lawas. Tak tahu kenapa? Mungkin selalu sangat kot lewat makan. Jadinya... Perut selalu masuk angin. Huhu...


Bila mendengarkan aku selalu mengadu sakit perut. Encik suami belikan aku ma'ajun petani. Selain buat sauna sendiri di rumah... Aku mengamalkan makan ma'ajun petani sekarang ni. So far, alhamdulillah... Berak dah lawas, badan berangin pun semakin berkurangan. Selalu jarang berkentut... Lately, kemain... Asyik membebaskan karbon monoksida je kerja. Haha...

Lagi satu... Aku suka akan rasa ma'ajun petani ni... Tak sama dengan yang selalu aku beli dengan orang kampung. Bila makan... Rasa nak lagi dibuatnya. Sedap!

Stok ma'ajun petani dah nak habis. Kejap lagi nak try cari online ada tak agen berdekatan yang jual. Hehe...


Turban knot headband | antara produk kait terbaru dari aku. Tak sangka, mula-mula main-main test market di fb... Tak sangka pulak ada y...


Turban knot headband | antara produk kait terbaru dari aku. Tak sangka, mula-mula main-main test market di fb... Tak sangka pulak ada yang tersuka tanpa sengaja. Malah ada yang dah repeat order sampai tigaempat kali. Alhamdulillah... Rezeki Allah maha luas dan datang dalam pelbagai bentuk.


That why, right now blog terabai... Plus takde idea nak taip. In Shaa Allah, lepas ni cuba untuk update blog seperti biasa. Rindu sebenarnya. Tapi, nak buat macam mana... Kan!

Untuk turban knot headband ni, fiza jual dengan harga RM10 tidak termasuk postage. Nak order ikut warna sendiri pun boleh. No problemo... Just whatsApp 0138821296. In Shaa Allah, siap paling lama dalam masa 3 hari.

Apa-apa pun salam Jumaat semua :)


Usaha dan kesabaran kena ada | Walaupun follower IG Fiza_Crochet tak seramai artis . Haha... Tapi, aku tetap sabar. Bukan mudah nak per...


Usaha dan kesabaran kena ada | Walaupun follower IG Fiza_Crochet tak seramai artis. Haha... Tapi, aku tetap sabar. Bukan mudah nak perkenalkan produk kita kepada orang ramai right. Nak membina kepercayaan kepada pembeli perlukan kesabaran.


Alhamdulillah, right now... Walaupun tempahan tak sehebat mana... Jualan pun tak terlajak laris... Yang penting mereka yang membeli dan menempah barangku berpuas hati. Sekurang-kurangnya masa terluang yang ada... Di isi dengan sesuatu perkara yang membawa manfaat. 

Apa-apa pun usaha dan tindakan kena ada... Selebihnya... Kesabaran adalah bekalan untuk menjadi benteng dalam melariskan jualan.

Kata-kata motivasi buat sendiri sebenarnya... Biasalah, manusia takde yang perfect... Kekadang ada hari dan masa kita berasa down. Betul tak?


Headband Untuk Bayi 9 - 12 Bulan | Selain kasut bayi dan pacifier clip , aku jugak menjual dan menerima tempahan untuk headband . Ter...


Headband Untuk Bayi 9 - 12 Bulan | Selain kasut bayi dan pacifier clip, aku jugak menjual dan menerima tempahan untuk headband. Terbaru, stok untuk headband bayi umur 9 - 12 bulan. Jika nak menempah ikut warna dan pattern sendiri pun boleh. In Shaa Allah, siap dalam masa dua hari.



Inilah antara aktiviti aku sambil jaga anak. Sesaja mulanya untuk mengisi masa terluang. Then, update di instagram fiza_crochet dan facebook. Tak sangka pulak ada yang sudi beli dan order. If ada yang berminat... Boleh whatApp fiza di talian 0138821296 atau email fizalinolie@gmail.com. In shaa Allah, dengan kadar segera fiza reply...


Produk Terbaru Dari Barangan KAIT | Berupa pacifier clip atau dalam bahasa kita klip puting kosong. Alhamdulillah, aku jual dengan harg...


Produk Terbaru Dari Barangan KAIT | Berupa pacifier clip atau dalam bahasa kita klip puting kosong. Alhamdulillah, aku jual dengan harga RM10 setiap satu TIDAK TERMASUK POSTAGE.


Sangat fleksibel untuk baby dan kanak-kanak... Boleh order mengikut warna dan pattern kesukaan sendiri. In Shaa Allah boleh siap dalam masa 2 hari. If nak tengok barangan kait lain... Bolehlah jenguk page Barangan KAIT. Jika berminat, whatApp fiza 0138821296 atau email fizalinolie@gmail.com.

Episod Akhir Biar Aku Jadi Penunggu | dah pun tamat. Seperti biasa, ending drama mesti happy. Next week dah start drama akasia terbaru ...


Episod Akhir Biar Aku Jadi Penunggu | dah pun tamat. Seperti biasa, ending drama mesti happy. Next week dah start drama akasia terbaru menggantikan biar aku jadi penunggu. Tengok promo di tv3 macam best... Siapa pernah baca novel suamiku paling sweet? Mesti dah tau jalan ceritanya right.

Sumber gambar daripada google image

Ada jugak usha blog myinfotaip. Berdasarkan sinopsis yang ditulis si penulis... Drama suamiku paling sweet mengisahkan tentang seorang gadis sepertinya terpaksa berkahwin dengan anak majikan dan bagaimana si suami menghilang rasa terpaksa dan seterusnya menimbulkan rasa cinta si isteri.... Begitulah lebih kurang jalan ceritanya... Nak tahu bagaimana perjalanan kisahnya, kenalah tengok episod satu bermula Isnin next week. Heronya Syafiq Kyle dan heroinnya pulak... Mawar Rashid yang memegang watak sebagai Qisya Iris.

Hurmmm... Kalau drama biar aku jadi penunggu haritu... Aku tak layan sangat. Tapi tak taulah drama suamiku paling sweet. Biasanya... Kalau ada masa, menyempat jugak usha reviews dari pembaca novel drama yang bakal diadaptasi. If reviews yang pembaca buat mencecah hampir 99.9% mengatakan best... Baru tengok. Begitulah aku... 


Belajar berdikari | Bila usia semakin meningkat, semua benda nak try buat sendiri. Dik Ain right now, dah dua tahun sebulan . Kemain, ma...


Belajar berdikari | Bila usia semakin meningkat, semua benda nak try buat sendiri. Dik Ain right now, dah dua tahun sebulan. Kemain, makan tak nak bersuap dah... Minum jangan haraplah nak pegang untuk dia... Mesti kata nak minum sendiri. Adakah Ain dah bersedia nak ada adik? Haha...

Bukan tu je... Tiap kali tengok buai, mesti nak ambik buai dan patung bear dia. Nak buai adik katanya. His... His... Lepas makan pulak, dah reti hantar pinggan ke dapur... Part pakai baju seluar pun sama... Suka nak buat sendiri... Tapi takdelah sampai dah mahir pakaikan baju sendiri... Still perlukan pertolongan si maknya.



Kejapnya masa berlalu. Tengok-tengok Ain dah besar dah. Pagi tadi... Temankan dia breakfast... Crackers cicah Coklat dutchlady... Sampai 4 keping dia habiskan. Lapar agaknya. Almaklumlah... Bangun lewat harini. Hehe...


Pilihan warna yang menarik | Alhamdulillah, ada jugak yang sudi menempah kasut kait dengan aku. Tapi takdelah banyak sangat... Sekadar m...


Pilihan warna yang menarik | Alhamdulillah, ada jugak yang sudi menempah kasut kait dengan aku. Tapi takdelah banyak sangat... Sekadar memenuhi masa terluang tu... Adalah.

Alhamdulillah, dua hari lepas ada customer dari Kuching WhatApp kat adik... Kata nak tempah kasut kait ikut warna dan pattern pilihan dia. Boleh ke?

Kenapa pulak tak boleh kan...

So, warna yang dia pilih... pink and gray. Sangat menarik bila digabungkan. Nak-nak untuk kasut baby girl. Memang tepatlah pilihan dia. Manakala pattern pilihan dia pulak adalah seperti berikut.


Dan... Semalam, alhamdulillah... Dah siap. Pattern simple je pun. Just aku add on button mickey mouse je pun untuk bagi kelainan. So, takdelah ciplak 100% that idea kan. Harga pulak... Murah je. RM25 TIDAK TERMASUK POSTAGE. Tapi if banyak aksesori... Lainlah pulak harganya. Hehe...



#kasutkaitmurah


Minggu ketiga persekolahan | alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Semoga hari-hari yang mendatang pun begitu hendaknya. Cu...



Minggu ketiga persekolahan | alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Semoga hari-hari yang mendatang pun begitu hendaknya. Cuma, semalam... Anak solehah Alia mengadu kepenatan. Katanya... Sekolah ayah jauh. Mana taknya... Kalau drive 60... 80. 40 minit jugak baru sampai ke sekolah.

umur 5 tahun, prasekolah 2017,

Yang pasti... Aduan pertama dari Alia, aku balaskan dengan senyuman dan disertai dengan kata-kata motivasi. Selain tu, encik suami pun turut bagitau dia... Boleh je tidur dalam kereta sementara ayah drive masa balik. So, takdelah penat sangat. Biasalah budak-budak. Aku dulu pun begitu, pergi balik... Jalan kaki. Kemain penat... Sampai rumah terus terbongkang tidur. Tigaempat kali jugak emak kejutkan suruh pergi makan... Mandi. Kekadang tu, sanggup tak makan... Demi melunasi kehendak mata. Huhu...

Nak pandai kenalah berkorban kan. Wallahu'alam...


Hari pertama anak ke sekolah | Di sekolah encik suami, sesi persekolahan bagi tahun 2017 bermula pada 3 Januari 2017. Nak dijadikan c...



Hari pertama anak ke sekolah | Di sekolah encik suami, sesi persekolahan bagi tahun 2017 bermula pada 3 Januari 2017. Nak dijadikan cerita... Alia pun mula bersekolah pada hari tersebut even tengah ambik antibiotik untuk tonsil.


Start tahun lepas lagi, aku dan encik suami sering ingatkan tentang sekolah pada Alia. Tak sangka dia sangat teruja untuk ke sekolah. Bangun pagi memang takde masalah... Kejut je, terus bangun. Alhamdulillah... Alia memang senang dijaga dari dulu lagi.

Sampai sekolah, encik suami kata Alia lansung tak nangis... Even kena tinggal dengan encik suami. Kebetulan kelas encik suami pun start 7:30pagi... Tawakal jelah tinggalkan dia dengan guru prasekolah. 

Encik suami kata, dalam kelas tu ada 15 orang, 3 lelaki dan 12 perempuan. Alia paling muda. Sorang je umur 5 tahun. Dah lah 5 tahun... Dia pulak paling besar dan tinggi. Huhu... Aku ingatkan Alia yang paling kecik. Rupanya sebaliknya.

Waktu rehat, encik suami jenguk dia. Kemain cool lagi duduk dengan kengkawan. Haha... Pengaruh upin ipin kot membuatkan dia nak sangat sekolah.

Lain pulak cerita di rumah... Ain lansung tak nak bermain. Ke hulu ke hilir ikut aku... lansung tak nak berenggang. Lepas tu, tak habis-habis tanya mana kakak. Jenuh nak menjawab haihhh...

Hampir dua minggu persekolahan, alhamdulillah berjalan dengan lancar tanpa ada adegan pujuk rayu. Tonsil pun dah ok. Ingatkan Alia yang begitu manja di rumah... Akan susah nak ke sekolah. Tapi sebaliknya, cool dan berani berkomunikasi dengan guru... Tu berdasarkan apa yang encik suami ceritakan. Ya Allah, tetapkan hati anak-anak ku supaya mudah dididik... In Shaa Allah, lain entri... Akan aku sambungkan pulak dengan kisah Alia bercerita tentang kelasnya. Hehe...


Anak asyik muntah, apakah penyebabnya | Malam tahun baru Alia dan Ain asyik muntah... Start 2 pagi until 4 pagi... Sampai 4 kali muntah,...


Anak asyik muntah, apakah penyebabnya | Malam tahun baru Alia dan Ain asyik muntah... Start 2 pagi until 4 pagi... Sampai 4 kali muntah, dahlah muntah banyak... Tapi bila dorang dah bangun pagi... Before breakfast, takdelah muntah... Bila makan je... Mesti muntah. So, untuk elakkan muntah... Aku bagi dorang minum air selalu dan sedikit makanan... Dalam kadar yang kerap.

Ingatkan muntah dorang terhenti, rupanya tidak... Malam lepas dinner, dorang muntah lagi. Tak tahan tengok dorang muntah, kami terus bawak Ain dan Alia ke klinik 1 Malaysia berdekatan. Takde patient, sampai pun... Klinik dah nak tutup. Bila mendengarkan penjelasan aku. Pegawai yang bertugas terus suruh Alia dan Ain bukak mulut. Subhanallah, tonsil. So, lepas ni... Bila anak muntah, takde cirit-birit... first kena check mulut dorang yer fiza.

So, seperti biasa... balik dibekalkan garam, paracetamol dan ubat pencair kahak... Tapi, antibiotik dorang takde... So, dorang keluarkan satu memo or surat yang disahkan pegawai untuk membeli ubat di farmasi... If nak cepatlah yer... 

Harini dah masuk hari ketiga dorang makan antibiotik. So far, takde dah muntah... Tonsil pun dah nampak mengecil. Dan... Harini second day Alia sekolah. Lain entri akan aku kongsikan kisah Alia ke sekolah yer :)