Assalamu'alaikum, hai... Tengok tak #GV3 untuk minggu ke-4 malam tadi?. Baru pagi semalam aku update dengan ramalan Elly Mazlien ...

Senarai Artis Dan Lagu Minggu Ke-5 Gegar Vaganza Musim 3, 2016

/
3 Comments

Assalamu'alaikum, hai...
Tengok tak #GV3 untuk minggu ke-4 malam tadi?. Baru pagi semalam aku update dengan ramalan Elly Mazlien bakal muncul sebagai juara, alih-alih tersingkir pulak pada minggu ke-4. Tak sangka pulak yer. Apakan daya, adat pertandingan pastinya ada kalah dan menang. Tapi kan... Juri pasti pening kepala jugak nak pilih siapa yang tersingkir... Sebab persembahan para artis malam tadi memang meletoppp!!! Tapi, bila baca beberapa ulasan dari laman lain... Ada isu mengatakan Elly Mazlien bukan tersingkir, tapi sebaliknya tarik diri. Hurmmm... Apa pun isu, itu hak dorang... Kita tak tahu hal sebenarnya... Tak perlulah nak ulas panjang-panjang. Kang berita tak sahih...Kita pulak buat cerita. Betul tak?


Walaubagaimana pun, tahniah buat artis yang masih bertahan dan... Berikut adalah senarai peserta artis dan lagu yang akan mereka persembahan untuk minggu ke-5 nanti.   

Ameng dengan lagu berjudul Tiara kris   
Manakala Azharina dengan lagu Berhenti Berharap   
Kemudian, G-mie pulak dengan lagu sentuhan kecundang ekamatra   
Intan Sarafina pulak dengan lagu jika kau rasa getarnya   
Then, Nora dengan lagu kasih   
Shidi dengan lagu berjudul ratuku   
Siti Sarah dengan lagu purnama merindu   Seterusnya Zarul dengan lagu ku rela dibenci   Terakhir sekali, Zur Eda dengan lagu I will survive  

Selain tu, seperti minggu sebelumnya... Jihan dan Nabil pun akan menyanyi pada pembukaan dan untuk minggu ke-5 GV, dorang akan nyanyi sebuah lagu Teman tapi mesra. Then, untuk pasangan paling menyengat diberi kepada Ayai Ilusi. Begitulah, antara kesimpulan kisah GV minggu ke-4 semalam. Huhu... Baru semalam aku berkesempatan tengok GV3 secara full. Selalu... Ada saja iklan. Biasalah ada anak kecik memang banyak ragam. Jangan feeling amanlah nak tengok tv. Haha...




ARTIKEL LAIN DI SINI

3 comments:

  1. Rezeki Elly setakat itu shj.. sedih jgk..sebab minat elly... takpa, moga murah rezeki elly di luar sana... :)

    ReplyDelete
  2. Hakak pun layan jugak GV ni Fiza....selain minat dengan penyanyi lama lama ni lagu lagu dia pun best. Tulah tu kesian gak dengan si Elly tu. Ok gak apa suara diakan Fiza

    ReplyDelete
  3. baru kali pertama tengok yang masa Elly tarik diri tu...masih power lagi suara2 mereka...

    ReplyDelete