Assalamu'alaikum, hai... Minggu Ke-6 Gegar Vaganza Musim 3, 2016 | bertemakan rockdut dan dimulai dengan persembahan dari Jihan dan ...

Minggu Ke-6 Gegar Vaganza Musim 3, 2016

/
0 Comments

Assalamu'alaikum, hai...
Minggu Ke-6 Gegar Vaganza Musim 3, 2016 | bertemakan rockdut dan dimulai dengan persembahan dari Jihan dan Nabil dengan lagu berjudul Pencuri Hati, Eyda Jebat.


Rata-rata persembahan dorang menyengat. Tapi, terkejut jugakla bila part Nora tetiba tukar lagu dari dangdut pergi rock. Tak kesampaian la nak tengok dia bawak lagu dangdut. Namun, hebat jugak dia bawak lagu rock. Siap dapat anugerah rockdut paling menyengat lagi. Hurmm... Apa-apa jelah, yang penting dia masuk separuh akhir next week. Tahniah buat Nora... Dan berikut adalah senarai lagu dan artis yang mara ke separuh akhir gegar vaganza musim ke-3:-

Ameng dengan lagu Kepadamu kekasih berduet dengan Aris Ariwatan dan lagu kedua secara solo, berjudul keasingan dalam duka (pilihan media)

Nora akan mempersembahkan Lagu untukmu, di mana akan berduet dengan Aizat Amdan dan untuk lagu solo,  Nora akan menyanyikan lagunya sendiri berjudul Sandiwara 

G-Mie yang mulanya tersingkir bersama Zur Eda, tapi dengan kuasa imuniti Dato Sri Vida, dia mara ke separuh akhir dengan lagu pilihan media andai dapat ku undurkan masa... Untuk lagu berduet, tak pastila lagu apa yang bakal dia bawak. Biasalah Astro, perubahan boleh berlaku bila-bila kan.

Then, Azharina pulak akan bawak lagu berjudul Fantasia Bulan Madu bersama Black untuk berduet dan lagu  I wanna dance with somebody untuk lagu solo iaitu lagu pilihan media

Zarul pulak akan berduet denga Marsha Milan dengan lagu berjudul Salahkah, dan untuk lagu solo pilihan media, Zarul akan menyanyikan lagu berjudul hanya kau yang mampu

Intan Sarafina akan bawak lagu Pulanglah berduet dengan Izad Lazim dan lagu solo berjudul siapa sangka siapa menduga

Terakhir sekali, Siti Sarah akan menyanyikan lagu Bunga-bunga cinta bersama Misha Omar, dan lagu solo pilihan media berjudul di bawah pohon asmara 

So, yang tersingkir untuk minggu ke - 6 GV musim 3 adalah Zur Eda. Then, untuk separuh akhir nanti... Nabil dan Jihan pun ada lagu... Lagu dorang berjudul itik gembo-gembo dari kumpulan A to Z. Huhu... lama tak dengar lagu tu yer.

Apa-apa pun, tahniah buat mereka yang mara ke separuh akhir gegar vaganza musim ke-3, 2016. Untuk minggu separuh akhir gegar vaganza musim ke-3, yang tersingkir dalam jangkaan aku adalah intan Sarafina. Korang? Namun, itu sekadar andaian aku saja ok ^__<.

#Gegarvaganzaseparuhakhir



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: