Assalamu'alaikum, hai... Gegar Vaganza minggu ke-4 | rasa-rasa siapa yang akan tersingkir yer?. Last week, pada minggu ke-3... RE...

Gegar Vaganza Minggu Ke-4

/
1 Comments

Assalamu'alaikum, hai...
Gegar Vaganza minggu ke-4 | rasa-rasa siapa yang akan tersingkir yer?. Last week, pada minggu ke-3... REM telah tersingkir. Dah agak dah. Haha... Tapi, dalam gegar vaganza musim ke-3 2016 ni, aku meletakkan Elly Mazlien sebagai juara. Walaubagaimana pun, itu sekadar tekaan aku je... Yang menghakimi mereka adalah juri.


Lupakan pasal juara dulu... Malam ni punya persembahan, para artis akan berduet dengan artis lain yang telah ditetapkan dan berikut adalah senarai artis dan lagu untuk persembahan mereka pada malam ni.

Ameng akan berduet dengan Siti Nordiana dengan lagu mereka berjudul Nilai Cinta, yang mana pernah didendangkan oleh Saloma dan Ahmad Daud.

Manakala Azharina pula... Akan berduet dengan Haleeda dan akan membawa lagu berjudul Doa buat kekasih nyanyian Khatijah Ibrahim dan Ramli Sarip. Huhu... My favourate song.

Elly Mazlien pulak akan berduet dengan Acong dan akan membawa lagu dendangan Safura dan Oney yang berjudul Jangan menangis sayang.

Kemudian, G-mie pulak akan berduet dengan Nizam, dan akan mendendangkan lagu berjudul Pada Syurga Di Wajahmu yang mana pernah dinyanyikan oleh Lefthanded.

Intan Sarafina pulak akan nyanyi bersama Fazli Zainal dengan lagu dari Judika berjudul Aku Yang Tersakiti.

Then, Nora dan Ayai akan mendendangkan lagu berjudul Terlanjur Cinta nyanyian Rossa dan Pasha. 

Shidi dan Ezlynn pulak akan menyanyikan lagu Lamunan Terhanti nyanyian Aris Ariwatan.

Diikuti Siti Sarah dan Rahmad dengan lagu nyanyian oleh Terrarossa berjudul Bunga Angkasa.

Seterusnya Zarul pulak akan berduet bersama Faradhiya dengan lagu berjudul Lelaki Ini nyanyian Anuar Zain.

Terakhir sekali, Zur Eda dan Mamat akan menyanyikan lagu berjudul Rindu Bayangan dari Carefree.

Hebat-hebatkan artis kali ni, Agak-agaklah... Siapa yang akan tersingkir pada malam ni? Paling tak sabar nak tengok ... Azharina dan Haleeda, di mana lagu yang bakal dorang nyanyikan adalah lagu yang pernah didendangkan sendiri oleh juri tetap Khadijah Ibrahim. Huhu... Mesti banyak komen dari dia nanti. Tapi... Itu sekadar jangkaan je. Siapa tahu... Azharina mampu bawak lagu Doa buat kekasih lebih hebat kan.




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment: