Bila menantu dan mertua tak sebulu | tetiba isu itu muncul di benak fikiranku apabila selesai menonton episod 9 #7HariMencintaiku semal...

Bila Menantu Dan Mertua Tak Sebulu

/
3 Comments

Bila menantu dan mertua tak sebulu | tetiba isu itu muncul di benak fikiranku apabila selesai menonton episod 9 #7HariMencintaiku semalam... Sungguh dingin hubungan Mia dengan mertuanya Mak Leha. Ada-ada sahaja yang tak kena antara dorang. Masing-masing egois... Lansung tak boleh bersua muka... Sampaikan aku naik rimas. Haha... Maknanya lakonan dorang menjadilah tu, kan?

7 Hari Mencintaiku
Sumber gambar adalah dari fb Drama/Filem Adaptasi Novel

Begitulah realiti kehidupan, bukan setakat dalam drama je... Dalam kehidupan seharian kita pun... Situasi sedemikian wujud dalam masyarakat. Tapi... Bab-bab tak sebulu ni... Biasanya melibatkan kaum hawa. Jaranglah atau memang takde lansung kot isu menantu lelaki dan mertua lelaki dingin. Rata-rata... Mesti dikaitkan dengan orang pompuan. Kan? Biasalah... Pompuan kan suka pop pet...

Tapi... Pada aku, bila dah mertua dan menantu tak sebulu. Banyak keburukan sebenarnya... Malah, lansung takde kebaikan... Silap-silap, boleh cerai berai dibuatnya. Na'uzubillah... Nak-nak kalau jumpa yang masing-masing keras kepala... Confirm! Hari-hari gaduh. That why, kalau boleh bila dah kawin kenalah cari rumah sendiri dan berdikari. Parah kalau hidup sebumbung, boleh makan hati si suami dibuatnya... Yelah! Tersepit di antara si isteri dan mak. Tapi kan... Sebagai seorang suami, sebenarnya atau sebetulnya kenalah jadi pendengar yang baik dan bukannya TAKUT ISTERI atau ANAK MAK. 

Takut isteri mean... Asyik dengar kata isteri je, sampaikan si isteri sewenang-wenangnya memburukkan mertua... Tak mustahil tau, dek kerana takut isteri... Mak sendiri ditolak tepi. Begitu jugak ada jenis suami yang ANAK MAK... Lansung tak beri peluang si isteri untuk bercakap... Suami jenis ni kalau jumpa isteri tak penyabar, sebulan lepas kawin... Sah-sah kena tinggal. Hahaaha. Kan? Mana tak nya... Asyik dengar kata mak dia je... Salah menantu je yang dia tahu... Siapa tak sakit hati kan. 

Dalam situasi sebegini, pada aku... Suami kena pandai memainkan peranan. Kena banyak bersabar dan jugak kena pandai meredakan keadaan. Nasihatlah si isteri dengan cara berhemah. Sekeras-keras kerak nasi, kalau kena air... Lembut jugak. Tengoklah macam mana Khuzairi melayan Mia... Even, dia tahu Mia tak suka Mak Leha... Tapi dia tetap sabar melayan karenah Mia... Right! Siap bawak bubur masuk bilik untuk Mia tau... Kalau mak mertua jenis cerewet, sah-sah kena bebel... Tengok suami layan isteri gitu tau... Macam Mak Leha. Haha...

Antara plot episod 9 #7HariMencintaiku yang seharusnya menjadi ikhtibar buat kita.

Wallahu'alam...

#7HariMencintaiku




ARTIKEL LAIN DI SINI

3 comments:

  1. suka tengok cerita ni Fiza.. kadang geram jugak dgn perangai Mia..keras kepala sgt.. haha

    ReplyDelete
  2. dalam masyarakat kita pun banyak kes menantu dan mertua tak sebulu...seelok2nya mmg kena duduk asing2...biar anak dan menantu berdikari...x bersekempatan x tgk drama ni...

    ReplyDelete
  3. Oh... drama ye. Kakak memang tak mengikuti itu yg tak tahu
    Tapi macam ada novel kisah ini tau Fiza.
    Memang betul sebaiknya duduk rumah sendiri kalau dah ada masalah begitu.

    ReplyDelete