Assalamu'alaikum, hai... Belajar di Pra-sekolah | adalah keputusan sepakat aku dan encik suami untuk Alia... Walaupun, sebelum ni ...

Belajar Di Pra-Sekolah

/
2 Comments

Assalamu'alaikum, hai...
Belajar di Pra-sekolah | adalah keputusan sepakat aku dan encik suami untuk Alia... Walaupun, sebelum ni pada dasarnya nak hantar Alia di tadika berdekatan. Namun, bila mengambilkira beberapa faktor... Akhirnya, kami sebulat suara untuk hantar Alia ke pra-sekolah je... Iaitu di sekolah tempat encik suami mengajar.


Sehala... Then, senang jugak encik suami nak pantau perkembangan pelajaran dia. Lagipun, takdelah nak risau tentang keselamatan Alia. Al-maklumlah, kes budak hilang sekarang ni menjadi-jadi... Naik risau dibuatnya. Cuma satu jelah, Alia terpaksa balik lewat... Kena tunggu encik suami habis kelas, barulah balik.

Hurmmm... Bagaimanalah nanti bila Alia dah masuk sekolah tahun depan. Nak-nak first day sekolah... Sekarang ni aku dok fikir je... Boleh ke nanti Alia berdikari, berani tak dia nak bergaul dengan budak-budak lain... Boleh ke dia belajar, bila aku takde di sisi... Huhu, risaunya aku.

Bak kata encik suami. Hati kena kering... Kena rela berjauhan dengan anak-anak... Demi pelajaran dorang. Hurmmm... Nak atau tidak, kenalah hadapi kan...

Ada jugak search maklumat berkaitan pra-sekolah...  Dan banyak sebenarnya kelebihan pra-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Malah, ramai jugak para blogger yang turut berkongsi pengalaman dorang menghantar anak ke pra-sekolah. 

Pada aku, ni mana kita bersekolah itu tak penting. Apa yang penting adalah kerajinan dan kesungguhan kita dalam menuntut ilmu. Semoga Nur Qalesya Alia sentiasa beroleh kejayaan dalam menuntut ilmu hendaknya. 

Tak terasa... Next year Alia dah mula sekolah. Huhu...




ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. Pada kakak ini pilihan bijak
    Apa lagi papanya ada di sekolah itu
    Dah tak payah nak fikir selamat tak selamat anak masa di Tadika.

    ReplyDelete
  2. Abg Pae pun akan masuk darjah 1 thn depan. Dah habis tadika 2 tahun. Pra sekolah pun terbaik, sama jer.. semua terpulang pd anak.. hehe. Senang Aliya ada papa tolong jaga..

    ReplyDelete