Assalamu'alaikum, hai...
Kehidupan di rumah flat | satu isu yang mungkin boleh kita fikirkan. Dulu, masa adik kerja part time... Tinggal di flat. Suatu hari, masa aku bertandang di rumah sewanya... Dengan mata sendiri, aku tengok salah sorang penghuni flat sebelah rumah adik... Baling sampah dari atas. Kalau masuk tong sampah, takpelah jugak. Tapi, sampai bawah... Gedebupppp... Habis semua berterabur. Siapa yang nak tolong kutipkan?

Masalah Sampah Di Rumah Flat
Sumber gambar DI SINI

Tulah dia sikap kita. Bila persekitaran flat berbau busuk... Mulalah, main tuduh-menuduh... Kata... Pihak ni tak kerjalah... Pihak tu tak ambik pedulilah. Cuba kita fikirkan balik sikap kita. Jangan pandai cari salah orang je. Salah sendiri kita tak tahu. Apa salahnya... Hantar sampah ke tong sampah dengan kaedah yang betul dan bukannya main baling-baling dari atas. Kerja tukang angkat sampah pun menjadi mudah. Aku percaya, bila kita memudahkan urusan orang lain... In Shaa Allah, Allah pasti memudahkan jugak urusan kita. Kawasan flat pun takdelah berbau sangat.

Kemudian, pihak berwajib pun kenalah bertanggungjawab. Ikutlah rule... Schedule pengutipan sampah. So, takdelah pekasam sampah membusuk sampai ulat beranak-pinak. Uweekkk... Loya pulak tekak aku, bila terbayangkan sampah berulat. Huhu...

Alehhh... Cakap senanglah. Cuba duduk di flat. Larat ke nak bawak sampah ke bawah. Mesti ada yang kata begitukan. Yes! Confirm... Ada yang kata gitu. Tapi, before PILIH nak tinggal di rumah flat dulu... Ada tak fikirkan tentang baikburuknya. Bertanggungjawablah terhadap PILIHAN yang kita buat. Jangan dek kerana sikap kita... Rosak pulak pemandangan tempat tinggal... Dengan sampah sarap yang bertimbun... Bersepah sana sini. Tak malu ke? Sama-samalah kita beringat yer :) 

Bukankah bersih itu yang kita dambakan.

#masalahdirumahflat