Setahun 10 bulan | umur Nur Ain tanggal 19 Oktober yang lalu. Dah lama tak bercerita tentang perkembangan Nur Ain right. Tetiba, terfikir nak berkongsi cerita tentang dia.

Alhamdulillah, misi aku melatih dia free dypers waktu siang dah pun berhasil. So, bulan ni tak payah belikan pampers untuk Ain... Bermakna, 2 bulan sekali jelah nak kena beli. Tapi... Yang merisaukan aku. Bagaimanalah Nur Ain nanti nak bercerai susu badan. Almaklumlah, Nur Ain direct breastfeeding. Makin usia nak masuk 2 tahun... Semakin kuat pulak menyusu... Huhu. 

Sekarang pun dah start perkenalkan dia dengan susu dumex dugro segelas sehari. Tapi... Ain seperti tidak menyukainya. Minum pun separuh je... Selebihnya, terbuang begitu sahaja... Yang dia tahu, nak mengempeng je. 

Bercakap pun semakin mahir. Mana taknya... Orang sekeliling semuanya dewasa. So, no wonder lah Ain cepat mahir bertutur. Saban hari... Ain belajar untuk berdikari... Lepas makan mesti nak letak pinggan sendiri di sinki. Untuk langkah keselamatan... Pinggan, sudu dan gelas Ain dan Alia aku bagi jenis plastik je. Ain suka tiru apa yang kak Alia buat. Nak mandi sendirilah... Nak pakaikan seluar sendirilah... Pengaruh kakak kuat sangat... Hinggakan Ain dah boleh pakaikan seluar sendiri sekarang ni. Melihatkan Ain dah reti berdikari... Sesekali encik suami berseloroh "Bila lagi nak bagi adik untuk Alia dan Ain". Hahaha...


Tengoklah... Nak sangat pakaikan tudung sendiri. Dah tak peduli... Betul ke tidak. Lepas tu... Suka sangat panjat kerusi. That why, kerana takut cucunya jatuh... Habis semua kerusi di ruang tamu... Mak simpan... Dah macam padang bola dah rumah. Haha... Bukan tu je. Selagi tak tidur siang... ke hulu ke hilir main kejar-kejar dengan si kakak. Lansung tak reti nak duduk diam. 

Macam manalah nanti... Bila kak Alia dah start sekolah tahun depan, mesti Ain sunyi :(

#Perkembangananak22bulan