Kek minyak sukatan cawan | salah satu menu yang menjadi pujaan hati di rumah kami... Lebih-lebih lagi si Alia dan Ain. Masak je kek......

Kek Minyak Sukatan Cawan

/
0 Comments


Kek minyak sukatan cawan | salah satu menu yang menjadi pujaan hati di rumah kami... Lebih-lebih lagi si Alia dan Ain. Masak je kek... Terus nak mintak. Hehe... Pada aku ia antara kek paling sikit bahan diperlukan, senang nak buat dan paling penting... Sedap! 

BAHAN UNTUK KEK MINYAK SUKATAN CAWAN
Alang-alang dah bercakap pasal kek. Kenalah letak di blog resepinya... Nanti nak buat balik. Senang... Rujuk je di blog sendiri. So, dipendekkan cerita. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat kek minyak adalah seperti berikut:-


2 cawan tepung gandum + 1 cawan tepung biskut merry + 1/2 cawan susu + 1 cawan minyak + 1 sudu ovellate + 2 sudu serbuk penaik a.k.a baking powder + 1/2 cawan gula + 5 ll"biji telur.

Cara membuatnya pulak... Pukul telur, gula, baking powder dan ovellate sekali hingga betul- betul gebu. Kata orang, kalau diterbalikkan bekas untuk pukul bahan... Tak jatuh, tu maknanya dah cukup kembang. Then, masukkan gula dan minyak. Pukul lagi... Masukkan tepung dan tepung biskut merry... Kemudian, pukul lagi sehingga kembang. Kalau nak tambah buah-buahan campuran pun boleh. Last sekali bakar dalam oven sehingga masak.

Alhamdulillah... Anak-anak sangat-sangat suka... Dan semuanya dah selamat masuk perut time breakfast pagi semalam. Hehe... 




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: