Fattah Amin digandingkan dengan Nealofa | Dalam drama suri hati Mr. Pilot, iaitu drama menggantikan  Abang Bomba I love you. Lepas bom...

Fattah Amin digandingkan dengan Nealofa

/
0 Comments

Fattah Amin digandingkan dengan Nealofa | Dalam drama suri hati Mr. Pilot, iaitu drama menggantikan  Abang Bomba I love you. Lepas bomba, pilot pulak... Begitulah trending drama sekarang ni di kaca tv... Musim kisah cinta abang berpakaian seragam nampaknya. 

Tapi, serius... Dah episod 2 dah drama suri hati Mr. Pilot semalam... Aku still tak tengok lagi. Kebiasaannya, kalau dah ketinggalan 1 episod dan para pelakon yang aku kurang minat memang delay lah nak tengok. Kalau teringin nak tengok pun, mungkin weekend nanti marathon tengok 4 episod sekaligus. Tu pun kalau tengok. Hehe... 



Walaubagaimana pun, baca jugak sinopsis dramanya. Based on sumber sinopsis drama suri  hati Mr. Pilot, ia mengisahkan tentang Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim.

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun ketika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?
Sumber gambar dan sinopsis : Myinfotaip

Daripada garapan penceritaan sinopsis, macam best. Pada yang dah tengok, Best tak drama suri hati Mr. Pilot?




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: