Apa aku dapat bersempena ulangtahun Astro Ke-20 | Apakah ganjaran yang pelanggan Astro perolehi bersempena dengan ulangtahunnya yang ke...

Apa Aku Dapat Bersempena Ulangtahun Astro Ke-20

/
0 Comments

Apa aku dapat bersempena ulangtahun Astro Ke-20 | Apakah ganjaran yang pelanggan Astro perolehi bersempena dengan ulangtahunnya yang kedua puluh?

Berdasarkan info yang aku petik dari laman The Skop, berikut adalah intipati atau agenda ulangtahun ke-20 Astro:-

Tahukah anda, pelopor saluran televisyen satelit di Malaysia, Astro kini dah berusia 20 tahun. Selepas 20 tahun, Astro kini telah memiliki 4.7 juta pelanggan di rumah, meliputi hampir 66% isi rumah di Malaysia.
Melangkaui TV Satelit, Astro kini menawarkan 183 saluran TV tempatan dan antarabangsa termasuk 53 saluran HD, menerusi TV Satelit, IPTV (TV Internet) dan platform OTT. Untuk meraikan sambutan ulangtahun ke-20 ini, pelanggan Astro akan mendapat akses percuma ke saluran Astro Fiesta (Saluran 996/HD 998) bermula 10 Oktober sehingga 31 Disember 2016.
Astro Fiesta menampilkan konsert antarabangsa dan tempatan terulung seperti Katy Perry – The Prismatic World, Konsert Mega Gegar Vaganza, I AM – SMTOWN Live World Tour di Madison Square Garden, MTV World Stage dan banyak lagi.
Pelanggan dengan kotak sambungan talian internet boleh menikmati OD Fiesta, saluran khas yang menampilkan siri TV pilihan seluruh dunia seperti siri popular Amerika Syarikat, rancangan bersiri Korea, siri TV Kantonis dan Hokkien, rancangan Tamil terbaik serta rancangan kegemaran tempatan, segalanya on demand, bila-bila masa secara percuma. Sehingga 31 Disember 2016.
Selain itu, semua rakyat Malaysia tidak mengira pelanggan Astro atau tidak, boleh menonton Astro Awani, Astro Arena, Go Shop 1, Go Shop 2 dan Saluran eGG bersama beberapa kandungan On Demand terpilih secara percuma, dengan memuat turun aplikasi Astro on the Go (AOTG). AOTG membolehkan pengguna menonton kandungan Astro di mana sahaja, bila-bila masa menerusi peranti pintar mudahalih.
Sambutan ulangtahun ke-20 Astro diserikan dengan kehadiran pelakon popular Korea, Kim Rae Won. Beliau disertai oleh pelbagai artis dan selebriti dari Malaysia seperti Zizan, Johan, Nabil, Datuk Aznil Nawawi, Harith Iskander, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Hafiz, Adira, Nicole, Geraldine, Adam C, Adi, Radin, Jentzen Lim, Jay dan Yaashini, bersama-sama pelbagai watak kesayangan kanak-kanak seperti Mickey Mouse, The Minions, Homer Simpson, Power Puff Girls, Spongebob Squarepants & Patrick Star, Didi & Friends dan banyak lagi.
Astro juga menambah kemeriahan sambutan kali ini dengan mengadakan peraduan yang menawarkan hadiah yang sangat menakjubkan. Astro telah menyediakan 20 acara yang bertempat di pelbagai lokasi di seluruh dunia, yang memberi peluang untuk peserta memenangi sekaligus pergi menyertai acara tersebut untuk pengalaman yang pastinya sukar dilupakan.
Antara acara yang boleh dimenangi adalah menonton pesembahan magik Disney di New York, menonton pertandingan bolasepak El Classico di Sepanyol, berlagak seperti pengarah di Studio Fox di Los Angeles, menjadi penonton sukan gusti Wrestlemania di Amerika Syarikat, berjalan di tapak lokasi penggambaran Game Of Thrones di Ireland Utara, makan malam dengan artis di Hong Kong, menyaksikan majlis anugerah di Korea Selatan dan banyak lagi.
Untuk memenangi hadiah di atas, apa yang perlu anda lakukan adalah melayari laman web www.astro.com.my/celebrating-you dan ikuti langkah yang dinyatakan pada acara pilihan anda.
Akhir sekali, Astro turut menjemput semua pelanggan keKarnival Astro Fest, yang akan diadakan di Taman Tema Sunway Lagoon pada hari Ahad, 20 November 2016. Ia menawarkan hari gembira penuh aktiviti menarik daripada Fox, Discovery, Food Network, Disney dan Astro Ceria, konsert LIVE, kehadiran selebriti terkenal serta peluang untuk menangi pelbagai hadiah menarik.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astro.com.my/celebrating-you untuk cara mendapatkan empat tiket bagi satu akaun Astro bagi menghadiri Karnival Astro Fest ini.
Sumber : The Skop
***********************************

Alhamdulillah, dua hari lepas... Pun dapat jugak cpuv ulangtahun ke-20 Astro dari pihak Nuffnang. Terima kasih buat team Nuffnang.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: