Anak kedua peramah, betul ke? | Wallahu'alam. Berdasarkan pengamatan dari lahir sehinggalah umur Nur Ain menjangkau setahun 10 bulan...

Anak Kedua Peramah, Betul Ke?

/
1 Comments

Anak kedua peramah, betul ke? | Wallahu'alam. Berdasarkan pengamatan dari lahir sehinggalah umur Nur Ain menjangkau setahun 10 bulan. Seriously, takde apa yang perlu dikhuatiri. Dia sangat peka terhadap persekitaran. Sangat suka bersantai di halaman rumah. Pantang tengok sesiapa lalu... Lelaki atau perempuan, muda atau tua... Kenal atau tidak... Pasti disapanya.


Kekadang tu... Malu jugak tengok dia terjerit-jerit memanggil. Bagi yang kenal, takpelah jugak. Layankan je panggilan dia. Malah geram tengok gelagat dia... Sampai ada yang singgah ke rumah. 

Bangun je dari tidur, lepas tengok ayah dia pergi kerja... Kena psiko sikit, barulah nak masuk dalam rumah... Kalau boleh, sepanjang hari nak duduk luar... Tengok orang lalu lalang. Sabar jelah... Dengan keramahan dia. Haha...

#sifatanakkedua




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment: