HATE YOU MR.K! | Salah satu novel terbaru di kakinovel . Dulu suka sangat baca novel. Bila dah jadi isteri orang, minat baca novel sema...

Hate You Mr.K

/
2 Comments

HATE YOU MR.K! | Salah satu novel terbaru di kakinovel. Dulu suka sangat baca novel. Bila dah jadi isteri orang, minat baca novel semakin menipis. Tapi, lately, aku kembali terjebak baca novel online lah pulak. Kekadang suka jugak usha kakinovel baca sinopsis novel terbaru. Al-maklumlah, sekarang ni dah jadi trending drama di tv yang banyak adaptasi dari novel. Walaupun begitu, aku layan drama pun ikut minat... Cerita best sekali pun, kalau pelakonnya tak menarik minat... Sah-sah tak kan tengok.


Ni... Hate you Mr. K pulak novel terbaru. Dijual dengan harga RM23 semenanjung dan RM26 Sabah dan Sarawak. Mempunyai 600 halaman. Based on kakinovel, berikut adalah sinopsisnya.

SINOPSIS HATE YOU MR. K!
Adakah Qyra benci Mr. K? Ye! Dia tak suka lelaki itu. Hanya berpura-pura baik tapi, hatinya busuk! Mr. K memang jahat! Kalau tak, dia tak akan buat benda terkutuk itu. Tapi… kenapa Mr. K baik sangat dengannya? Sampai keliru dibuatnya.
Nak benci ke tak? Nak benci ke tak?
Hesy… susah betul hendak buat keputusan. Sudahlah dirinya diselamatkan oleh lelaki itu. Hendak membenci lelaki itu? Memang taklah! Bila dia cuba melarikan diri, lelaki itu datang mengejar. Mr. K layan dia dengan baik. Siap bagi bunga. Yang paling dia tak jangka, lelaki itu ingin memperisterikannya. Makin sayang pula dibuatnya. Macam mana ni? Apa yang patut dia buat? Berdiam diri dan terus menyayangi lelaki itu? Atau sebaliknya?
“I love you.” – Khairi
“But… I hate you, idiot!” – Qyra   Sumber : Kakinovel 

Rasa-rasa, kalau novel hate you Mr.K diadaptasikan ke dalam drama. Siapakah hero dan heroin yang korang inginkan? Kalau part lelaki nakal dan perempuan yang sweet kena ganggu dengan lelaki seperti Mr. K... Aku suka tengok gandingan Aaron Aziz dan Siti Saleha... Haha, teringat pulak lakonan dorang dalam drama NORA ELENA beberapa tahun yang lepas. So sweet... Tapi, itu sekadar pandangan aku. Jangan kecam ok. Nanti, ada masa dan peluang cuti deepavali. Boleh jengok bookstore cari HATE YOU MR. K. In Shaa Allah...




ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. bole cari jugak ni, macam menarik sinopsis tu

    ReplyDelete
  2. Da lama tak baca novel ni....hehe

    ReplyDelete