Assalamu'alaikum, hai... First things first, happy weekend untuk semua yer. Aktiviti hujung minggu aku seawal jam 4 pagi... Sel...


Assalamu'alaikum, hai...

First things first, happy weekend untuk semua yer. Aktiviti hujung minggu aku seawal jam 4 pagi... Selepas selesai menyusukan Nur Ain, aku teruskan kerja-kerja ubahsuai blog dengan next step iaitu membuat scroll pada widget Archive blog dengan cara paling mudah. Sementara sindrom rajin datang, kenalah layankan dulu. Hehe...

Dah add widget archive blog pada layout.

Teruskan dengan edit html.
Pertama, cari coding ]]></b:skin>
Then, copy and paste coding berikut di atas ]]></b:skin>

#BlogArchive1.widget-content{height:300px;width:auto;overflow:auto;}

Last sekali, save.
Done!

Sangat simple dan mudah tutorialnya bukan. Tak sampai 5 minit dah siap. Pada aku, coding CSS paling mudah untuk diletakkan di dalam html.


Assalamu'alaikum, hai... Alhamdulillah, rezeki di mana dua bulan yang lepas... Encik suami dapat tab percuma dari sekolah . Tak si...

Assalamu'alaikum, hai...

Alhamdulillah, rezeki di mana dua bulan yang lepas... Encik suami dapat tab percuma dari sekolah. Tak silap, harga kalau di pasaran empatlimaenam ratus jugak. So, sayanglah kalau tak dijaga dengan elok. 



Pendek kata semalam, lepas hantar makbapak ke rumah adik... Encik suami kata nak singgah di kedai handpone. Katanya nak topup njoi, nak tengok gegar vaganza minggu ketiga malam lusa. Alang-alang dah pergi. Aku terus suarakan pasal nak beli screen protector. Harga asal RM40. Tapi biasalah encik suami, jaguh membuat tawaran dan akhirnya owner kedai setuju dengan harga RM30 untuk screen protector glasses. 


Apa aku dapat bersempena ulangtahun Astro Ke-20 | Apakah ganjaran yang pelanggan Astro perolehi bersempena dengan ulangtahunnya yang ke...


Apa aku dapat bersempena ulangtahun Astro Ke-20 | Apakah ganjaran yang pelanggan Astro perolehi bersempena dengan ulangtahunnya yang kedua puluh?

Berdasarkan info yang aku petik dari laman The Skop, berikut adalah intipati atau agenda ulangtahun ke-20 Astro:-

Tahukah anda, pelopor saluran televisyen satelit di Malaysia, Astro kini dah berusia 20 tahun. Selepas 20 tahun, Astro kini telah memiliki 4.7 juta pelanggan di rumah, meliputi hampir 66% isi rumah di Malaysia.
Melangkaui TV Satelit, Astro kini menawarkan 183 saluran TV tempatan dan antarabangsa termasuk 53 saluran HD, menerusi TV Satelit, IPTV (TV Internet) dan platform OTT. Untuk meraikan sambutan ulangtahun ke-20 ini, pelanggan Astro akan mendapat akses percuma ke saluran Astro Fiesta (Saluran 996/HD 998) bermula 10 Oktober sehingga 31 Disember 2016.
Astro Fiesta menampilkan konsert antarabangsa dan tempatan terulung seperti Katy Perry – The Prismatic World, Konsert Mega Gegar Vaganza, I AM – SMTOWN Live World Tour di Madison Square Garden, MTV World Stage dan banyak lagi.
Pelanggan dengan kotak sambungan talian internet boleh menikmati OD Fiesta, saluran khas yang menampilkan siri TV pilihan seluruh dunia seperti siri popular Amerika Syarikat, rancangan bersiri Korea, siri TV Kantonis dan Hokkien, rancangan Tamil terbaik serta rancangan kegemaran tempatan, segalanya on demand, bila-bila masa secara percuma. Sehingga 31 Disember 2016.
Selain itu, semua rakyat Malaysia tidak mengira pelanggan Astro atau tidak, boleh menonton Astro Awani, Astro Arena, Go Shop 1, Go Shop 2 dan Saluran eGG bersama beberapa kandungan On Demand terpilih secara percuma, dengan memuat turun aplikasi Astro on the Go (AOTG). AOTG membolehkan pengguna menonton kandungan Astro di mana sahaja, bila-bila masa menerusi peranti pintar mudahalih.
Sambutan ulangtahun ke-20 Astro diserikan dengan kehadiran pelakon popular Korea, Kim Rae Won. Beliau disertai oleh pelbagai artis dan selebriti dari Malaysia seperti Zizan, Johan, Nabil, Datuk Aznil Nawawi, Harith Iskander, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Hafiz, Adira, Nicole, Geraldine, Adam C, Adi, Radin, Jentzen Lim, Jay dan Yaashini, bersama-sama pelbagai watak kesayangan kanak-kanak seperti Mickey Mouse, The Minions, Homer Simpson, Power Puff Girls, Spongebob Squarepants & Patrick Star, Didi & Friends dan banyak lagi.
Astro juga menambah kemeriahan sambutan kali ini dengan mengadakan peraduan yang menawarkan hadiah yang sangat menakjubkan. Astro telah menyediakan 20 acara yang bertempat di pelbagai lokasi di seluruh dunia, yang memberi peluang untuk peserta memenangi sekaligus pergi menyertai acara tersebut untuk pengalaman yang pastinya sukar dilupakan.
Antara acara yang boleh dimenangi adalah menonton pesembahan magik Disney di New York, menonton pertandingan bolasepak El Classico di Sepanyol, berlagak seperti pengarah di Studio Fox di Los Angeles, menjadi penonton sukan gusti Wrestlemania di Amerika Syarikat, berjalan di tapak lokasi penggambaran Game Of Thrones di Ireland Utara, makan malam dengan artis di Hong Kong, menyaksikan majlis anugerah di Korea Selatan dan banyak lagi.
Untuk memenangi hadiah di atas, apa yang perlu anda lakukan adalah melayari laman web www.astro.com.my/celebrating-you dan ikuti langkah yang dinyatakan pada acara pilihan anda.
Akhir sekali, Astro turut menjemput semua pelanggan keKarnival Astro Fest, yang akan diadakan di Taman Tema Sunway Lagoon pada hari Ahad, 20 November 2016. Ia menawarkan hari gembira penuh aktiviti menarik daripada Fox, Discovery, Food Network, Disney dan Astro Ceria, konsert LIVE, kehadiran selebriti terkenal serta peluang untuk menangi pelbagai hadiah menarik.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astro.com.my/celebrating-you untuk cara mendapatkan empat tiket bagi satu akaun Astro bagi menghadiri Karnival Astro Fest ini.
Sumber : The Skop
***********************************

Alhamdulillah, dua hari lepas... Pun dapat jugak cpuv ulangtahun ke-20 Astro dari pihak Nuffnang. Terima kasih buat team Nuffnang.

Ubahsuai blog | rasanya duatiga kali jugak dah aku tukar template dan kalini, header pun turut berubah. Entahlah! Aku cepat sangat ramb...


Ubahsuai blog | rasanya duatiga kali jugak dah aku tukar template dan kalini, header pun turut berubah. Entahlah! Aku cepat sangat rambang mata bila tengok template mesra seo. Try and error, itulah kerja aku... Bila Alia dan Ain dah tidur... Mulalah projek aku merekacipta header. Untuk makluman, cheyyy... Serius bangat. Padahal, aku guna aplikasi di handphone je pun buat header. Aku guna aplikasi photo studio dan phonto. Malas nak guna adobe photoshop. Lagipun, aku just nak header yang simple je pun.


Part header dah settle

Kini blog still under construction... Dengan bahagian tab menunya yang masih statik. Lagi nak buat bloglist di bahagian page dan di link kan ke tab menu. Dah try google dan ikut tutorial yang ada. Tapi, still error. Huhu... Tak siap yang tu, ada perancangan pulak nak edit html template. Dah lama tak bermain dengan coding html... Dek kerana blog, right now... Sanggup bangun pukul duatiga pagi demi melunasi kehendak. Rasanya ambik seminggudua jugak kot nak siapkan. So, if ada kesulitan ketika melayari blog ni... Terlebih dahulu aku ingin memohon ampun dan maaf yer... 

And... One more things, before ada yang tanya. Template yang aku guna ni jenis FRESH BLOG by Sora Templates


Bihun putih paling simple | menu sarapan pagi untuk kami sefamili. Buntu memikirkan nak masak apa, nak-nak stok barang dapur dah nak hab...


Bihun putih paling simple | menu sarapan pagi untuk kami sefamili. Buntu memikirkan nak masak apa, nak-nak stok barang dapur dah nak habis, yang hanya ada bihun dan tepung. Nak buat cekodok... Lambat nak siap. Apalagi, terus fikir nak masak bihun putih. Bihun paling simple dengan kaedah campakbaling.


Bahan pun sekadar bihun, telur, serbuk lada, cili, bawang putih, meggie secukup rasa dan daun saderi. Kaedah membuatnya... First step... Panaskan minyak, gorengkan bawang putih sehingga naik bau, masukkan telur, bihun dan seterusnya bahan-bahan yang lain. Then, Gaulkan sehingga masak. Sangat mudahkan kan? That why aku kata menu simple untuk tajuk. Hehe...

Walaupun simple, licin jugak pingganmangkuk. Haha.

Alhamdulillah, syukur dengan apa yang ada... Janji perut berisi dan kenyang sebelum memulakan kerja harian. Korang pulak breakfast apa pagi tadi?

#Menusarapanpagi


Anak kedua peramah, betul ke? | Wallahu'alam. Berdasarkan pengamatan dari lahir sehinggalah umur Nur Ain menjangkau setahun 10 bulan...


Anak kedua peramah, betul ke? | Wallahu'alam. Berdasarkan pengamatan dari lahir sehinggalah umur Nur Ain menjangkau setahun 10 bulan. Seriously, takde apa yang perlu dikhuatiri. Dia sangat peka terhadap persekitaran. Sangat suka bersantai di halaman rumah. Pantang tengok sesiapa lalu... Lelaki atau perempuan, muda atau tua... Kenal atau tidak... Pasti disapanya.


Kekadang tu... Malu jugak tengok dia terjerit-jerit memanggil. Bagi yang kenal, takpelah jugak. Layankan je panggilan dia. Malah geram tengok gelagat dia... Sampai ada yang singgah ke rumah. 

Bangun je dari tidur, lepas tengok ayah dia pergi kerja... Kena psiko sikit, barulah nak masuk dalam rumah... Kalau boleh, sepanjang hari nak duduk luar... Tengok orang lalu lalang. Sabar jelah... Dengan keramahan dia. Haha...

#sifatanakkedua


Klinik Hati | Novel terbaru di kakinovel selain daripada Hate You Mr. K , hasil karya Iman Nizrina. Berdasarkan info di kakinovel... Kl...


Klinik Hati | Novel terbaru di kakinovel selain daripada Hate You Mr. K, hasil karya Iman Nizrina. Berdasarkan info di kakinovel... Klinik hati mengisahkan tentang Emir. Kerana inginkan anak daripada benihnya sendiri, tetapi tidak mahukan seorang isteri… Emir sanggup mengupah Khyla untuk mengandungkan anaknya. Tetapi, Khyla mungkir janji pada saat-saat akhir dan menyebabkan Afia terpaksa menggantikan tempatnya. Afia yang tidak tahu apa-apa itu tiba-tiba mendapati dirinya hamil.


Atas rasa tanggungjawab, mereka berdua bernikah. Namun, bahagia yang dirasakan hanya sebentar. Nyata pernikahan yang tidak disertai dengan kata- kata cinta itu menduga kesabaran dan ketabahan mereka. Pelbagai dugaan yang datang menguji kepercayaan antara mereka. Kisah lama pula sering mengganggu ketenteraman mereka.

Bertahankah hubungan mereka? Bolehkah mereka terus bersama tanpa ada kata-kata cinta? “Hubungan tanpa kata-kata cinta bagaikan mahkota tanpa permata…

Bisakah hubungan itu bertahan jika penuh rahsia?”

Sumber : Kakinovel

********************************************

Jika dibaca sinopsis klinik hati hingga ke noktah yang terakhir, konfliknya cukup merisaukan. Nak anak, tapi tak nak isteri? Huhu... Namun, cerita orang melayu... Confirm! Happy ending right. Cuma yang membuatkan kita nak tahu kisah selanjutnya... Adalah... Bagaimana garaban konflik tersebut digaul dan diadun. Menarik atau tidak? Betul tak?... Perihal itulah yang membuatkan pencinta novel terus membeli bila ada novel terbaru... Nak-nak bila dah terbaca sinopsis, mesti hati membuak-buak nak memiliki, sampai tak peduli mahal ke tidak kan...

Dulu aku cukup suka baca novel cinta... Sampai sanggup kumpul duit saku sekolah semata-mata nak beli novel. Tapi... Bila dah berumahtangga dan dah ada anak... Semuanya berubah, memang jarang nak baca buku... Kalau ada pun... Pilihan yang ada hanyalah novel online. Layan pun time anak-anak dah tidur. Haha... 

#novelterbaru #NovelKlinikHati

Setahun 10 bulan | umur Nur Ain tanggal 19 Oktober yang lalu. Dah lama tak bercerita tentang perkembangan Nur Ain right. Tetiba, terfiki...


Setahun 10 bulan | umur Nur Ain tanggal 19 Oktober yang lalu. Dah lama tak bercerita tentang perkembangan Nur Ain right. Tetiba, terfikir nak berkongsi cerita tentang dia.

Alhamdulillah, misi aku melatih dia free dypers waktu siang dah pun berhasil. So, bulan ni tak payah belikan pampers untuk Ain... Bermakna, 2 bulan sekali jelah nak kena beli. Tapi... Yang merisaukan aku. Bagaimanalah Nur Ain nanti nak bercerai susu badan. Almaklumlah, Nur Ain direct breastfeeding. Makin usia nak masuk 2 tahun... Semakin kuat pulak menyusu... Huhu. 

Sekarang pun dah start perkenalkan dia dengan susu dumex dugro segelas sehari. Tapi... Ain seperti tidak menyukainya. Minum pun separuh je... Selebihnya, terbuang begitu sahaja... Yang dia tahu, nak mengempeng je. 

Bercakap pun semakin mahir. Mana taknya... Orang sekeliling semuanya dewasa. So, no wonder lah Ain cepat mahir bertutur. Saban hari... Ain belajar untuk berdikari... Lepas makan mesti nak letak pinggan sendiri di sinki. Untuk langkah keselamatan... Pinggan, sudu dan gelas Ain dan Alia aku bagi jenis plastik je. Ain suka tiru apa yang kak Alia buat. Nak mandi sendirilah... Nak pakaikan seluar sendirilah... Pengaruh kakak kuat sangat... Hinggakan Ain dah boleh pakaikan seluar sendiri sekarang ni. Melihatkan Ain dah reti berdikari... Sesekali encik suami berseloroh "Bila lagi nak bagi adik untuk Alia dan Ain". Hahaha...


Tengoklah... Nak sangat pakaikan tudung sendiri. Dah tak peduli... Betul ke tidak. Lepas tu... Suka sangat panjat kerusi. That why, kerana takut cucunya jatuh... Habis semua kerusi di ruang tamu... Mak simpan... Dah macam padang bola dah rumah. Haha... Bukan tu je. Selagi tak tidur siang... ke hulu ke hilir main kejar-kejar dengan si kakak. Lansung tak reti nak duduk diam. 

Macam manalah nanti... Bila kak Alia dah start sekolah tahun depan, mesti Ain sunyi :(

#Perkembangananak22bulan


Lagu Elly Mazlien minggu ketiga gegar vaganza 3, 2016 | berjudul perawan atau janda . Berdasarkan info daripada beberapa laman, tema min...


Lagu Elly Mazlien minggu ketiga gegar vaganza 3, 2016 | berjudul perawan atau janda. Berdasarkan info daripada beberapa laman, tema minggu ketiga nanti adalah ada bran. First week aku lansung tak berpeluang tengok. Second week... Sempat tengok separuh je... The rest, tv tengok aku. Huhu... Actually, aku suka tengok raut wajah Elly. Baby face... That why, tajuk lagu dia yang aku cari dulu. Hehe 

Sumber gambar adalah daripada google image

Before layan minggu ketiga gegar vaganza 30 Oktober nanti, apa kata kita tengok dulu lirik lagu perawan atau janda yang bakal didendangkan Elly Mazlien nanti.

Lirik Lagu Cita Citata - Perawan Atau Janda
Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang menawan, janda lebih menggoda
Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang cantik, janda lebih menarik

Kalau abang pilih perawan 
Masih muda masih segelan
Belum disentuh orang
belum berpengalaman

Kalau abang pilih janda
Sudah pasti lebih dewasa
Sudah bermain cinta
Banyak pengalamannya

Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang bohai, janda lebih aduhai

Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang menawan, janda lebih menggoda
Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang cantik, janda lebih menarik

Kalau abang pilih perawan 
Masih muda masih segelan
Belum disentuh orang
belum berpengalaman

Kalau abang pilih janda
Sudah pasti lebih dewasa
Sudah bermain cinta
Banyak pengalamannya

Abang pilih yang mana perawan atau janda
Perawan memang bohai, janda lebih aduhai
Sumber : Lirikcinta

Dangdut tu... Seingat aku, aku tak pernah lagi tengok Elly Mazlien bawak lagu dangdut. Hurmmm... Bagaimanalah persembahan dangdut Elly Mazlien nanti yer :)

#Mingguketigagegarvaganzamusim32016

Putus tunang adakah wajar? | Bila dua hati dah bersetuju mengikat janji untuk sehidup semati. Satu situasi yang ingin aku bicarakan di ...


Putus tunang adakah wajar? | Bila dua hati dah bersetuju mengikat janji untuk sehidup semati. Satu situasi yang ingin aku bicarakan di saat aku terfikir mengenai akannya. Dah setahun bertunang secara jarak jauh. Tetiba si teruna memutuskan hubungan melalui sms tanpa sebarang perbincangan? Wajarkah?

Sumber gambar daripada google image

Padahal, si gadis setia menunggu sehinggakan sanggup buang kawan dan teman demi menjaga hati tunang. Bayangkan, dalam setahun tempoh pertunangan... Si teruna jarang menghubungi si dara. Si dara pulak, walaupun call tak diangkat... Sms tak dibalas. Still setia menunggu... Walaupun kekadang perasaan pasrah itu hadir tanpa diundang. Andai kesibukan menjadi alasan. Ia mungkin boleh diterima akal. Tapi, jika sebaliknya berlaku... Si teruna ada perempuan lain... Adakah adil untuk si dara... Diputuskan tanpa mengetahui sebabnya... Sedangkan si teruna yang beria untuk mengikat tali pertunangan.

Pada aku, lelaki seperti itu... Pengecut! Lansung tak gentleman. Kenapa mula-mula nak bertunang... Lansung tak fikirkan tentang keputusan yang dibuat... Betulkah pilihan yang dibuat? Kalau bertunang, dalam hati still nak mencari... Baik tak payah bertunang.

Pantai mana tak dihempas ombak... Begitu jugak hubungan manusia. Pasti adanya masam dan manis. If ada yang tersinggung atau ada perbuatan pasangan mengguris hati... Kenapa tidak berterus terang saja. Kenapa ambik jalan mudah. Berdiam diri dan akhirnya buat keputusan yang mengejutkan.

Kalau koranglah hadapi situasi sebegini. Apa akan korang buat?

#Putuscinta  #Putustunang



Suami suka beli kopi wonda | Actually, encik suami penggemar kopi. Lately, balik kerja aku perasan... Dia selalu belikan premium coffee ...


Suami suka beli kopi wonda | Actually, encik suami penggemar kopi. Lately, balik kerja aku perasan... Dia selalu belikan premium coffee 
berperisa mocha. Dia kata sedap. Aku tak try lagi... Al-maklumlahkan, menyusukan anak... Kenalah jaga makan minum.


Tapi yang tak menahannya... Si Ain, bila nampak je ayahnya bawak minuman tin... Mesti mintak. Coffee pun dia bantai. Tapi takdelah minum banyak... Sekadar melunasi kemahuan dia je pun. Huhu...

Sekarang kan... Macam-macam produk makanan yang telah di'pattern'kan. Cumanya, kita sebagai pengguna kenalah bijak membeli.  Kalau pun terpengaruh dengan iklan... Kena fikir jugak kebaikan dan  keburukannya. Betul tak?

Bercakap pasal kebaikan dan keburukan produk, dari kopi beralih pulak pasal produk kecantikan. Duatiga hari lepas, ada jugak dengar berita terbaru pasal produk kosmetik mengandungi bahan beracun. Tak silap terdapat 10 senarai. Nasib baik tak pernah guna. Jenis aku... Kalau dah serasi dengan satu produk... Memang tak kan beralih arah. Janji... Muka tak berminyak dan berjerawat... Apa kisah tak putih. Haha...

#Isuhariini #kopiwonda

HATE YOU MR.K! | Salah satu novel terbaru di kakinovel . Dulu suka sangat baca novel. Bila dah jadi isteri orang, minat baca novel sema...


HATE YOU MR.K! | Salah satu novel terbaru di kakinovel. Dulu suka sangat baca novel. Bila dah jadi isteri orang, minat baca novel semakin menipis. Tapi, lately, aku kembali terjebak baca novel online lah pulak. Kekadang suka jugak usha kakinovel baca sinopsis novel terbaru. Al-maklumlah, sekarang ni dah jadi trending drama di tv yang banyak adaptasi dari novel. Walaupun begitu, aku layan drama pun ikut minat... Cerita best sekali pun, kalau pelakonnya tak menarik minat... Sah-sah tak kan tengok.


Ni... Hate you Mr. K pulak novel terbaru. Dijual dengan harga RM23 semenanjung dan RM26 Sabah dan Sarawak. Mempunyai 600 halaman. Based on kakinovel, berikut adalah sinopsisnya.

SINOPSIS HATE YOU MR. K!
Adakah Qyra benci Mr. K? Ye! Dia tak suka lelaki itu. Hanya berpura-pura baik tapi, hatinya busuk! Mr. K memang jahat! Kalau tak, dia tak akan buat benda terkutuk itu. Tapi… kenapa Mr. K baik sangat dengannya? Sampai keliru dibuatnya.
Nak benci ke tak? Nak benci ke tak?
Hesy… susah betul hendak buat keputusan. Sudahlah dirinya diselamatkan oleh lelaki itu. Hendak membenci lelaki itu? Memang taklah! Bila dia cuba melarikan diri, lelaki itu datang mengejar. Mr. K layan dia dengan baik. Siap bagi bunga. Yang paling dia tak jangka, lelaki itu ingin memperisterikannya. Makin sayang pula dibuatnya. Macam mana ni? Apa yang patut dia buat? Berdiam diri dan terus menyayangi lelaki itu? Atau sebaliknya?
“I love you.” – Khairi
“But… I hate you, idiot!” – Qyra   Sumber : Kakinovel 

Rasa-rasa, kalau novel hate you Mr.K diadaptasikan ke dalam drama. Siapakah hero dan heroin yang korang inginkan? Kalau part lelaki nakal dan perempuan yang sweet kena ganggu dengan lelaki seperti Mr. K... Aku suka tengok gandingan Aaron Aziz dan Siti Saleha... Haha, teringat pulak lakonan dorang dalam drama NORA ELENA beberapa tahun yang lepas. So sweet... Tapi, itu sekadar pandangan aku. Jangan kecam ok. Nanti, ada masa dan peluang cuti deepavali. Boleh jengok bookstore cari HATE YOU MR. K. In Shaa Allah...


Shopping kedua di Lazada | selepas shopping powerbank 2 tahun lepas. 5 Oktober yang lalu, tengok ada sale... Aku terus request kat enc...


Shopping kedua di Lazada | selepas shopping powerbank 2 tahun lepas. 5 Oktober yang lalu, tengok ada sale... Aku terus request kat encik suami untuk belikan kit crochet hook. Harga asal RM67. After sale... RM31. Caj penghantaran pulak takde. Apalagi. .. Encik suami pun grab satu jam tangan yang mana harga asalnya RM100++. After sale, RM32 je.

Alhamdulillah, 14 Oktober barang aku selamat sampai guna pos laju. Jam tangan encik suami pulak still delay. Kami dah sedia maklum, sebab ada email dapat dari lazada pasal shipping barang encik suami delay. No hal, yang penting sampai. Tapi... Delay sehari je pun dari barang aku.


Teruja tengok kit crochet... Apalagi, terus guna untuk mengait kasut dan headband yang kawan adik tempah. Alhamdulillah, setakat ni dah terjual 3 pasang. Aku jual murah je... Kasut dan headband, RM35 TIDAK TERMASUK POSTAGE.




Ingatkan saja-saja je belajar mengait. Tak sangka pulak ada yang berminat nak membeli. Alhamdulillah... Sekarang ni pun aku still open order. Ikut color pemintaan pelanggan. Boleh siap dalam masa 4 hari. In Shaa Allah.

Then... Akan ada lagi turban dan topi kait untuk baby. Haha... Tengah meroyan mengait... Begitulah perangainya... Sampaikan blog pun tak ber'update. Huhu...

Fattah Amin digandingkan dengan Nealofa | Dalam drama suri hati Mr. Pilot, iaitu drama menggantikan  Abang Bomba I love you. Lepas bom...


Fattah Amin digandingkan dengan Nealofa | Dalam drama suri hati Mr. Pilot, iaitu drama menggantikan  Abang Bomba I love you. Lepas bomba, pilot pulak... Begitulah trending drama sekarang ni di kaca tv... Musim kisah cinta abang berpakaian seragam nampaknya. 

Tapi, serius... Dah episod 2 dah drama suri hati Mr. Pilot semalam... Aku still tak tengok lagi. Kebiasaannya, kalau dah ketinggalan 1 episod dan para pelakon yang aku kurang minat memang delay lah nak tengok. Kalau teringin nak tengok pun, mungkin weekend nanti marathon tengok 4 episod sekaligus. Tu pun kalau tengok. Hehe... 



Walaubagaimana pun, baca jugak sinopsis dramanya. Based on sumber sinopsis drama suri  hati Mr. Pilot, ia mengisahkan tentang Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim.

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun ketika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?
Sumber gambar dan sinopsis : Myinfotaip

Daripada garapan penceritaan sinopsis, macam best. Pada yang dah tengok, Best tak drama suri hati Mr. Pilot?


Headband untuk newborn | Alhamdulillah, projek mengaitku semakin ligat. Terbaru, aku belajar membuat headband pulak... Dan hasilnya si...



Headband untuk newborn | Alhamdulillah, projek mengaitku semakin ligat. Terbaru, aku belajar membuat headband pulak... Dan hasilnya siap lagi pattern kedua headband dari aku. Kali ni aku buat untuk baby baru lahir. Bila dah siap, kemain teruja Nur Ain nak mencuba. Tapi sayang tak muat. Haha... 


Sekarang ni ada jugak kawan-kawan adik bertanya mengenai kasut dan headband yang aku kait. Semuanya dek kerana adik gatal nak update status facebook. Tapi... Aku still tak jual. Bukan apa, nak buat banyak-banyak dulu... Barulah tayang kan... In Shaa Allah, if banyak permintaan, apa salahnya kita kongsikan apa yang kita ada right.

Tahun baru, hobi baru... Moga tak hangat-hangat tahi ayam. Haha...


Nur Ain Bercerai pampers | Dah dua minggu Nur Ain berlatih kencing dan berak ke tandas. Alhamdulillah, seperti yang aku duga... Semuany...


Nur Ain Bercerai pampers | Dah dua minggu Nur Ain berlatih kencing dan berak ke tandas. Alhamdulillah, seperti yang aku duga... Semuanya berjalan dengan lancar. 


Actually, umur Nur Ain sekarang ni dah setahun 9 bulan. Cepat atau lambat untuk potty trainning... Yang penting bagi aku, perkara utama atau asas nak ajar anak tak pakai pampers... Anak mesti dah reti bercakap untuk bagi signal kencing dan berak.

Untuk Nur Ain, sekarang ni... Aku ajar dia free dryper belah siang je dulu. Al-maklumlah, belah malam Nur Ain still kuat menyusu. First week je agak leceh dan kelam kabut sikit, sebab asyik terkucil. Hehe... Masuk second week... Slow-slow Nur Ain dah boleh bagitau nak kencing atau berak.

Before ajar Nur Ain free drypers... Awal-awal lagi tikar rotan dan karpet kepunyaan mak aku simpan. Taklah leceh sangat bila anak terkucil. Then, selang setengah jam... kena ingatkan Nur Ain sama ada kencing ke tidak. Lebih selamat... Kencing ke tidak... Selang setengah jam aku bawak jugak Nur Ain ke toilet. Alhamdulillah, sekarang Nur Ain dah boleh ikut.

Bila Nur Ain terkucil, walaupun dalam hati nak je marah... Tapi, demi nak menjayakan misi kenalah banyak bawak bersabar dan terangkan apa yang sepatutnya dilakukan bila nak kencing dan berak. Dan... Paling penting pada aku, bila anak mampu ikut apa yang kita ajarkan... Kenalah bagi sesuatu hadiah... Walaupun sekadar ciuman singgah di pipi.

Walaubagaimana pun, bila part keluar rumah... Nak shopping ke apa... Aku still pakaian Nur Ain pampers buat permulaan ni... Bukan mudah nak sesuaikan sesuatu perkara dengan budak umur setahun 9 bulan sebenarnya... Nak-nak dalam masa yang singkat.

Apa-apa pun, tahniah buat Nur Ain... Hehe. Alhamdulillah, free drypers waktu siang pada usia setahun 9 bulan.


Alia terkena hfmd | Lagi entri tersimpan lama di dalam draf. Huhu... Kisahnya bermula tiga minggu lepas. Tetiba Alia demam malam. Ing...



Alia terkena hfmd | Lagi entri tersimpan lama di dalam draf. Huhu... Kisahnya bermula tiga minggu lepas. Tetiba Alia demam malam. Ingatkan demam biasa. So takdelah nak check kaki, tangan dan mulut. Namun, menjelang maghrib... Panas badan Alia naik. Takut apa-apa berlaku, aku ajaklah encik suami bawak Alia ke klinik 1 Malaysia Betong, meredah hujan malam... Sebab kat rumah pun takde ubat demam. Tau jelah... Aku tak suka sangat sogok anak-anak dengan ubat. Huhu...

Sampai je klinik... Around jam 8 malam gitu... Alia orang kelima yang akan jumpa doktor. Sebaik je aku cakap demam dengan doktor... Terus dia check mulut, tangan dan kaki Alia... Mulanya before ke klinik... Memang encik suami dah suspect Alia terkena hfmd. Tapi... Kami malas nak fikirkan. Bila doktor dah sahkan... Kenalah terima hakikat dan mengambil langkah-langkah penjagaan kanak-kanak yang terkena hfmd. Alia hanya dibekalkan ubat demam dan batuk. Takde stock bonjela. So, encik suami pergi membeli di farmasi berdekatan. Selain tu... Doktor jugak bagitau... Nanti skuad jabatan kesihatan datang rumah untuk buat survey. In Shaa Allah, lain entri akan aku kongsikan kisahnya... ok!.


Nasib baik baru hari kedua... So, lepuh-lepuh di tangan, kaki dan mulut Alia takdelah banyak sangat. Mulai malam tu... Alia start aku jaga sendiri. Elak dia daripada bermain dengan Ain dan sepupunya. Pakaian Alia... Diasingkan daripada pakaian orang lain. Direndam dengan air panas dan dicuci dengan dettol. Part makan... Tiada perkongsian sudu, gelas dan pinggan di antara Alia dan Ain. Huhu... Sian pulak aku tengok. Seperti dipulaukan. Kebiasaannya, Alia suka suapkan adik Ain. Bila doktor kata dia tak boleh berkongsi buat sementara... Dia akur. Alia jugak tidak dibenarkan keluar rumah buat sementara. Siannya dia... Then, sebelum makan kenalah cuci tangan. Alat mainan dorang terpaksa aku sorokkan buat sementara waktu. Dah seminggu hujan... So, nak cuci mainan dorang pun tak boleh. Biasanya kena cuci dengan clorox... Then, dijemur sampai kering. Biasalah budak... Takde mainan... Habis remote, sofa dorang buat main. 

Alhamdulillah... Seminggu lepas tu, Alia dah pulih sepenuhnya. Jadi... Nampak berselera jugak dia makan lepas tu. Seriously... Hati ibu mana tak happy bila anak kembali berselera makan kan...

Berkaitan makan ubat pulak... Dari kecik sampai umur dah 4 tahun 6 bulan...Alia takde masalah lansung makan ubat. Malah dia pulak yang mengingatkan aku bila waktu dia akan makan ubat. Haha...

Paling penting bila anak terkena hfmd... Kenalah pastikan anak-anak minum banyak air supaya tidak dihidrasi. Kekadang bila ulser dah banyak dalam mulut... Automatik, anak-anak tak nak makan. Betul tak? Tapi untuk Alia, aku gunakan konsep... Makan sikit, tapi kerap. Nak tak nak kenalah luangkan masa untuk dorang. Kena banyak bersabarlah wahai hati... Ibu mana tak risau bila anak sakit kan. Kalau boleh penyakit tu dipindahkan... Memang tak nak lansung anak dapat penyakit. Betul tak? Tapi apa kan daya... Allah yang tentukan segala-galanya... Sebagai hambaNYA kenalah banyak bersabar. Wallahu'alam...


Kek minyak sukatan cawan | salah satu menu yang menjadi pujaan hati di rumah kami... Lebih-lebih lagi si Alia dan Ain. Masak je kek......



Kek minyak sukatan cawan | salah satu menu yang menjadi pujaan hati di rumah kami... Lebih-lebih lagi si Alia dan Ain. Masak je kek... Terus nak mintak. Hehe... Pada aku ia antara kek paling sikit bahan diperlukan, senang nak buat dan paling penting... Sedap! 

BAHAN UNTUK KEK MINYAK SUKATAN CAWAN
Alang-alang dah bercakap pasal kek. Kenalah letak di blog resepinya... Nanti nak buat balik. Senang... Rujuk je di blog sendiri. So, dipendekkan cerita. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat kek minyak adalah seperti berikut:-


2 cawan tepung gandum + 1 cawan tepung biskut merry + 1/2 cawan susu + 1 cawan minyak + 1 sudu ovellate + 2 sudu serbuk penaik a.k.a baking powder + 1/2 cawan gula + 5 ll"biji telur.

Cara membuatnya pulak... Pukul telur, gula, baking powder dan ovellate sekali hingga betul- betul gebu. Kata orang, kalau diterbalikkan bekas untuk pukul bahan... Tak jatuh, tu maknanya dah cukup kembang. Then, masukkan gula dan minyak. Pukul lagi... Masukkan tepung dan tepung biskut merry... Kemudian, pukul lagi sehingga kembang. Kalau nak tambah buah-buahan campuran pun boleh. Last sekali bakar dalam oven sehingga masak.

Alhamdulillah... Anak-anak sangat-sangat suka... Dan semuanya dah selamat masuk perut time breakfast pagi semalam. Hehe...