Hobi baru | belajar mengait berpandukan youtube. Haha... Entah! Tetiba seminggu yang lalu, aku teringin nak belajar mengait bila teng...

Hobi Baru

/
6 Comments


Hobi baru | belajar mengait berpandukan youtube. Haha... Entah! Tetiba seminggu yang lalu, aku teringin nak belajar mengait bila tengok botties untuk baby yang sangat cute dikongsikan rakan alam maya di pinterest. 

Apalagi bermulalah misi men'download video cara mengait untuk pengguna tangan kidal. Dah lama tak download video di youtube... Aku lupa cara nak download. Nasib baik ada blogger yang share cara nak download video di youtube dengan mudah. Kalau tak... Kecewalah nak memuat turun video. Just install browser mozilla firefox. Then bukak laman savefrom.net... Copy link video dari youtube. Paste kat situ dan download. Tak sampai 10 minit... Berbelas video crochet left handed aku download'kan.

Dah seminggu berlalu... Alhamdulillah, aku dah boleh buat chain, single crochet dan double crochet... Dah sampai tahap triple crochet nanti... Bolehlah try buat bunga dan sebagainya pulak. Doakan aku supaya tak hangat-hangat tahi ayam yer. Sapa tahu... Dah expert mengait nanti... Boleh buat bisnes pulak. In Shaa Allah...




First projek... Siap cases tab encik suami aku buatkan. Malah headband simple pun dah menjadi. Alhamdulillah... Walaupun simple, aku bangga dapat menghasilkannya sendiri dengan bantuan youtube.

Ilmu itu luas... Apa salahnya kan kita belajar sesuatu untuk mengisi masa terluang. Atleast takdelah bosan sangat. Al maklumlah... Sekarang ni banyak masa dihabiskan dengan anak-anak.





ARTIKEL LAIN DI SINI

6 comments:

  1. Salam Jumaat Fiza.. alahai bestnya bila dpt belajar mengait ni.. cantik plak tu hasil nya.. teruskan.. :)

    ReplyDelete
  2. Wow hebat dah ni fiza.sekarang ni nak dengan tak nak je..klu ada kemahuan semuanya di hujung jari..semoga fiza tekun belajar menghasilkan output yg lebih kebaboom.hahaha..

    ReplyDelete
  3. Asslmkm Kak.. kmas la hasil akk.
    Blh jd kn sumber pndptn smpingan ni kan.

    ReplyDelete
  4. Moga2 akk trus rajin utk mengalir. ☺

    ReplyDelete
  5. wah bestnya.. nak mengait crocget jugAK !! HUHU

    ReplyDelete
  6. wowww menariknya sy pun minat nak belajar mengait :D
    follow sini #58
    follow back and keep in touch :D

    ReplyDelete