Kasut kait baby | projek mengait ketiga siap aku buatkan. Step by step belajar dari youtube dan hasilnya cukup memuaskan. Mak kata... ...



Kasut kait baby | projek mengait ketiga siap aku buatkan. Step by step belajar dari youtube dan hasilnya cukup memuaskan. Mak kata... Kalau mahir buat tali air a.k.a crochet... In Shaa Allah, mudah nak mengait kasut, bunga dan sebagainya. 



Hajat di hati nak hias anak- anak dara dengan hasil kait buatan sendiri. Dah lama minat mengait sebenarnya. Tapi baru sekarang ada kesungguhan nak mencuba. Sekarang senang... Malas nak hadap buku... Bukak je youtube, dah boleh ikut.

Then, In Shaa Allah... Jika ada peluang. Ada jugak terfikir nak jual barang-barang kait untuk baby secara online. Harap-harap angan-angan menjadi kenyataan. Atleast, terisi jugak masa sambil-sambil jaga anak. Hehe...


Lirik lagu OST drama Abang Bomba I Love You | Lately, aku terjebak tengok drama abang bomba I love u pulak. Aku mula tengok secara mar...



Lirik lagu OST drama Abang Bomba I Love You | Lately, aku terjebak tengok drama abang bomba I love u pulak. Aku mula tengok secara marathon last weekend... Tu pun bila adik cakap Amira AF berlakon. Bukan apa, nak jugak tengok lakonan pertama Amira Othman. Pada aku, lakonan dia not bad lah... In Shaa Allah... Dia pasti boleh. 

Ceritanya takdelah hebat mana. Tapi, aku suka dengar lagu dalam drama ni. Sebaik je dengar lagu tu... Apalagi, terus carik lirik lagunya di internet dengan kata kunci lagu dalam drama abang bomba I love u. First page google, terus dapat sumber lirik lagunya dari laman myinfotaip.

Sumber gambar adalah daripada laman myinfotaip


LIRIK LAGU JAGA-JAGA AMIRA OTHMAN 

Pabila Mengungkap Kata Cinta
Manis Bicara Oh Semanis Gula
Lidah Lelaki Harus Waspada
Lihat Baik Buruknya

Aku Bukan Si Dara Biasa
Dambakan Kasih Nak Dimanja-manja
Lidah Ku Tajam Bila Berkata
Niat Di Hati Cuma Untuk Berjaga-jaga

Engkaulah Lagu Yang Menemani Diriku
Selama-lama Terus Menyanyi
Tiada Ganti, Indahnya Suaramu

Bagaikan Lagu Yang Membayangi Diriku
Seumpamanya Melodi Terindah
Telah Tercipta, Irama Di Hatiku

Ku Bagaikan Mawar Yang Berduri
Cantik Dipandang, Takut Didekati
Andai Hanya Nak Bertarik Tali
Baik Kau Undur Diri

Namun Harusnya Ku Mengakui
Sebenarnya Hati Telah Kau Curi
Siang Dan Malam Silih Berganti
Walau Tujuh Purnama, Ku Tetap Setia

Engkaulah Lagu Yang Menemani Diriku
Selama-lama Terus Menyanyi
Tiada Ganti, Indahnya Suaramu

Bagaikan Lagu Yang Membayangi Diriku
Seumpamanya Melodi Terindah
Telah Tercipta, Irama Di Hatiku

Usik Mengusik, Bergurau Senda
Batasnya Jangan Dilupa
Sucinya Cinta, Elok Dijaga Hingga Terbina Istana

Engkaulah Lagu Yang Menemani Diriku
Selama-lama Terus Menyanyi
Tiada Ganti, Indahnya Suaramu

Bagaikan Lagu Yang Membayangi Diriku
Seumpamanya Melodi Terindah
Telah Tercipta, Irama Di Hatiku

Engkaulah Lagu, Engkaulah Lagu
Seumpamanya Melodi Terindah
Telah Tercipta, Irama Di Hatiku

Lepas ni... Siapa yang suka karaoke, boleh nyanyi. Hehe... 

21 September yang lalu | merupakan hari di mana Nur Ain checkup setahun sembilan bulan. Dah lama dalam draf... Baru sekarang nak upda...



21 September yang lalu | merupakan hari di mana Nur Ain checkup setahun sembilan bulan. Dah lama dalam draf... Baru sekarang nak update. Tengah kemaruk belajar mengait, that why blog terabai. Haha...

Seperti kebiasaan, aku ke klinik pasti bertemankan encik suami. Bukan tak nak berdikari pergi sendiri. Tapi, biarlah anak-anak merasai dihargai. Lagipun encik suami sendiri yang nak ikut. Bila aku suarakan pergi klinik sendiri... Awal-awal dia tak bagi. So, seperti kebiasaan jugak... Alia pun dia bawak. Jam 2 petang gitu kami ke klinik.

Sebelah petang, orang tak ramai dan kami beruntung... Datang-datang je, terus jadi orang pertama. Jadi tak lama menunggu. Nurse yang handle checkup Nur Ain pun still orang sama... Maybe dorang dah dibahagikan kot. Apa-apa hal senang dorang nak follow up mungkin.


Alhamdulillah... Berat Ain nak sekilo 200 gram, tinggi pun bertambah... Dan tak sangka, injection 2 in 1 kali ni dia lansung tak nangis. Before balik, kami dibekalkan panadol sirap... In case, Ain demam lepas injection kan. Tapi... Alhamdulillah... Ain lansung tak demam. Next checkup 19 Disember 2016, masa tu umur Ain genap 2 tahun. Cuti sekolah nampak gayanya masa tu. Maybe, sambut birthday dia di rumah mertua. Apa-apa pun, ada masa dan peluang... Nanti akan aku update... Sambut ke tidak? Hehe...

Semoga adik Ain terus membesar dengan sihat dan bijak.


Hobi baru | belajar mengait berpandukan youtube. Haha... Entah! Tetiba seminggu yang lalu, aku teringin nak belajar mengait bila teng...



Hobi baru | belajar mengait berpandukan youtube. Haha... Entah! Tetiba seminggu yang lalu, aku teringin nak belajar mengait bila tengok botties untuk baby yang sangat cute dikongsikan rakan alam maya di pinterest. 

Apalagi bermulalah misi men'download video cara mengait untuk pengguna tangan kidal. Dah lama tak download video di youtube... Aku lupa cara nak download. Nasib baik ada blogger yang share cara nak download video di youtube dengan mudah. Kalau tak... Kecewalah nak memuat turun video. Just install browser mozilla firefox. Then bukak laman savefrom.net... Copy link video dari youtube. Paste kat situ dan download. Tak sampai 10 minit... Berbelas video crochet left handed aku download'kan.

Dah seminggu berlalu... Alhamdulillah, aku dah boleh buat chain, single crochet dan double crochet... Dah sampai tahap triple crochet nanti... Bolehlah try buat bunga dan sebagainya pulak. Doakan aku supaya tak hangat-hangat tahi ayam yer. Sapa tahu... Dah expert mengait nanti... Boleh buat bisnes pulak. In Shaa Allah...




First projek... Siap cases tab encik suami aku buatkan. Malah headband simple pun dah menjadi. Alhamdulillah... Walaupun simple, aku bangga dapat menghasilkannya sendiri dengan bantuan youtube.

Ilmu itu luas... Apa salahnya kan kita belajar sesuatu untuk mengisi masa terluang. Atleast takdelah bosan sangat. Al maklumlah... Sekarang ni banyak masa dihabiskan dengan anak-anak.