Sayur kegemaran anak-anak | tajuk entri terbaru dari aku. Alhamdulillah... Syukur diatas nikmat pemberian Allah. Aku lansung takde masalah dalam melatih anak-anak untuk makan sayur. Bukan untuk menunjuk... Jauh di sudut hati hanya sekadar ingin berkongsi cerita.

Mungkin ia kesan daripada seawal usia 6 bulan. Even, anak tak reti bercakap dan faham akan apa yang kita perkatakan. Namun aku selalu memberitahu makan sayur adalah penting untuk kesihatan tubuh badan... Bukan itu sahaja... Aku juga turut memberitahu akibat tidak makan sayur... SEMBELIT adalah momokan yang selalu aku ulang-ulangkan... Sehinggakan bila makan... Nampak sayur, mesti Alia akan bagitau... "mak, mun sik makan sayur, sakit endak mak... Berak"
.


Lagi satu... Mungkin sifat suka makan sayur jugak diwarisi daripada ayah dorang. Encik suami tak boleh kalau takde sayur. Satu kelebihan di situ mungkin diwarisi Alia dan Ain. Selalunya, sayur yang paling dorang suka adalah sayur campur tumis. Tak pandang dah lauk lain... 

Pendek kata, dorang berabis meratah sayur tanpa dipaksa. Aku percaya parents adalah contoh terbaik untuk jadi ikutan buat anak-anak. Bila mana parents lebihkan sayur dan buah dalam diet harian... Sudah pasti anak pun ikut sekali. Percayalah.