Pokemon 'GO' panas ibarat pisang goreng | Begitulah fenomena melanda dunia sekarang apabila permainan terbaru diperkenalkan. San...

Pokemon 'GO' Panas Ibarat Pisang Goreng

/
0 Comments

Pokemon 'GO' panas ibarat pisang goreng | Begitulah fenomena melanda dunia sekarang apabila permainan terbaru diperkenalkan. Sana sini dok bercerita pasal pokemon 'GO'. Tapi, bagi kami yang tinggal di kampung... Buat masa ni takde lagi tengok yang dok main Pokemon 'GO' waima dalam famili aku pun... Even kami semua pakai handphone canggih. Bukan nak riak kata pakai handphone canggih bagai... Tapi kenyataan. Handphone canggih tapi takde game. Nampak sungguh ketinggalan right. Entah! tak minat sangat dengan game. Cuma dulu adalah layan candy crush kejap. Lepas tu uninstall balik.

Encik suami lagilah... Memang tak install pun game dalam handphone... Sebab kami tak mau anak-anak ketagih game. Start dari mengandung anak pertama lagi... Kami dah sepakat tak kan dedahkan anak-anak dengan game. Titik!!! cuma time layan candy crush dulu... Pernah install. Tapi takdelah lama sangat.

Sumber gambar adalah daripada laman seperti yang tertera di dalam gambar

Dulu masa game COC menghantui ramai orang, aku pernah jumpa suami kenalan sendiri. Subhanallah! Ketagih sampai takde masa untuk makan, minum dan mandi... Nak tidur pun still layan COC kata isterinya. Kan melalaikan dah tu...

Tengok jelah di berita sekarang ni... Dah dua kes dah akibat main Pokemon 'GO'. Kalau masyarakat tak sedar akan perihal tersebut tak taulah. Apa-apa pun kita ada pilihan. Setiap pilihan yang kita buat... Kita sendiri yang akan tanggung akibatnya. Jangan dah terhantuk, baru nak terngadah... Dah berlaku baru nak serik.

Hai... Emo pulak aku malam ni bila tengok berita pasal game baru tu haihhh...



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: