01 August 2016

Lamanya Tak Update


Lamanya tak update | lepas raya tahap kemalasan nak update blog sungguh ke laut. Nak update pasal raya pun malas. Huhu... Nak share resepi kuih muih raya pun lagilah malas.

Ni... Dah penghujung syawal dah. Satu cerita pun takde. Tapi... Cuba jugak nak imbas balik kisah raya tahun ni. Cuti sekolah encik suami seminggu... Nak tambah cuti memang tak dibenarkan. Sapa tambah cuti... Dikira cuba untuk memanjangkan cuti. Nak tak nak... Supaya berlaku adil. Raya pertama hingga raya ketiga di rumah mak... Pagi raya ketiga gerak pulak ke rumah mertua.


Alhamdulillah... Duit raya Alia dan Ain dapat sepanjang raya mencecah jugak RM180. Kebanyakannya family belah encik suami yang bagi. Apa taknya... Sampai je rumah mak mertua... Dorang terus ajak berziarah di rumah saudara... Walaupun penat, aku layankan jugak. Nanti apa kata dorang kalau aku tak nak. Huhu...

Hurmmm... Takde yang menarik sangat. Raya macam biasa je. Gambar beraya di rumah mertua pun tak ambik. Semuanya dek kerana kepenatan...

No comments:

Post a Comment