Kehilangan anak pasti memeritkan | itulah yang dapat aku bayangkan bila mana kehilangan anak yang disayangi. Sejak tahun 1996 hingga 2016, berikut adalah senarai kanak-kanak yang hilang :-


1996: Kehilangan Ting Song Seng (9 Tahun)Hilang ketika menunggu bas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Taman Rasah, Klang, untuk pulang ke rumah pada 15 Januari 1996 dan dia masih gagal ditemui sehingga sekarang.  
2007: Kehilangan Nurin Jazlin Jazimin (8 Tahun)Hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Sekyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya yang tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 September 2007. Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui. 
2008: Sharlinie Mohd Nashar (5 Tahun)Hilang pada 9 Januari 2008 ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya. Sharlinie masih gagal ditemui sehingga ke hari ini.  
2008: Muhamad Asmawi Jalaludin (11 Tahun)Hilang pada 9 Mac 2008 ketika pulang dari taman permainan berdekatan dengan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi. Dia belum ditemui hingga kini.  
2012: Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang (5 Tahun) Hilang pada 1 Mac 2012 dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Johor Baharu, ketika keluar ke kedai pada 10.30 pagi. Mayatnya ditemui pada 8 Mac, rentung dalam lubang di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai. Seorang buruh, Muidin Maidin, 26, didapati bersalah membunuh mangsa antara 1 Mac dan 2 Mac 2012 dan dijatuhi hukuman sampai mati.  
2013: Freddie Joseph (1 Tahun 8 Bulan)Diculik dari rumah ibunya di Bangsar pada 8 November 2013 dan dijumpai keesokan harinya bersendirian dalam keadaan lapar dan letih di Taman Tasik Titiwangsa oleh pemandu lori dan pemandu teksi kira-kira 12:55 tengah hari.  
2014: Mohd. Shariqal Sidek (3 Tahun)Hilang pada 21 November 2014, ketika bermain di kawasan kebun getah di Kampung Selagon, Beaufort, Sabah. Dia ditemui mati, dipercayai dibunuh berhampiran Sekolah Menengah St. John, dua hari kemudian kira-kira tujuh kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.  
2016: Noor Amila Edrus Norsham (5 Tahun)Mayat Noor Amila Edrus Norsham, yang dilaporkan hilang di Jinjang Utara sejak lapan hari lalu iaitu 11 Ogos 2016, dijumpai dalam keadaan menyayat hati dengan kepala terpisah dari badan dalam semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang, hari ini.

Bila scroll berita mengenai kehilangan kanak-kanak di atas yang diperolehi dari sumber harian metro, pasti akan membimbangkan kita. Kes culik dan bunuh tak kira usia. Dahla diculik... Dibunuh pulak dengan kejam sehingga ada yang kepala dan badan terpisah. Subhanallah... Kejam sungguh!

Perkara-perkara sebeginilah membuatkan aku takut nak biarkan Alia keluar sorang-sorang ke luar rumah even nak ke kedai yang jauhnya hanya 5 minit perjalanan je pun. Na'uzubillah, jauhilah daripada perkara-perkara sebegini. Semoga anak-anak kita dilindungi :)