Hey Baby pampers pilihan terbaru | untuk Nur Ain. Pernah dulu guna drypers masa Alia. Bila adik cakap hey baby pun ok. Harga pun ok. Apa...

Hey Baby Pampers Pilihan Terbaru

/
0 Comments

Hey Baby pampers pilihan terbaru |untuk Nur Ain. Pernah dulu guna drypers masa Alia. Bila adik cakap hey baby pun ok. Harga pun ok. Apalagi... Aku pun cuba beli. Tak silap, sejak umur Ain tiga bulan until now... Alhamdulillah, still setia pada Hey Baby. Pampers murah, lembut dan berkualiti...


Alhamdulillah, walaupun Nur Ain duatigaempat kali kencing... Kekadang aku lupa nak tukar. Tak pernah lagi Ain melecet atau alahan di punggung. Sangat memuaskan hati. Bukan tu saja... Ia jugak lembut dan selesa dipakai.


Lagi satu... Apa yang aku suka pasal hey baby, pelekat dia kukuh... Tak macam pampers lain. Tersalah lekat... Kalau bukak balik. Confirm dah tak lekat balik dah. Sudahnya... Pampers tak boleh pakai dah.

Di area Betong, selalu beli kat kedai Doremon. Harga pun mampu milik... RM27.90... Dalam sebungkus ada 50 keping... Tu untuk saiz xl. Tapi tak silap... Setiap saiz tak sama bilangan pampers di dalamnya. Tapi still dijual dengan harga yang sama.

Sangat puas hatilah...



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: