Handphone Samsung Note 1 aku bermasalah | semuanya berlaku setelah aku format sendiri tiga minggu yang lalu. Kedekut punya pasal... Aku ...

Handphone Samsung Note 1 Aku Bermasalah

/
0 Comments

Handphone Samsung Note 1 aku bermasalah | semuanya berlaku setelah aku format sendiri tiga minggu yang lalu. Kedekut punya pasal... Aku try format sendiri berdasarkan tutorial yang terdapat di google. Aku format pun bukannya apa... Hampir 4 tahun dah guna. Semestinya memori pun mula sarat. Dah uninstall dah aplikasi yang tak digunakan... Clean memori pun sudah. Still tak jalan. Sudahnya aku ambik keputusan... Cuba format sendiri. Kononnya kalau hantar kedai... Paling kurang RM100 mesti punya kalau nak format handphone kan?

Sumber gambar adalah daripada google image

Kemain happy lagi bila dah format. Laju seperti kali pertama membeli. Tapi... Tak tau pulak timbul satu lagi masalah. Bateri pulak cepat habis... Padahal before puasa dah ganti dah bateri. Sekali lagi aku cuba cari jalan penyelesaian sendiri dengan bantuan google.

Semua bahagian setting yang melibatkan penggunaan bateri... Semuanya aku dah setkan semaksima yang mungkin. Tapi... Still bateri cepat habis. Offkan data pun sudah... Uninstall application pun sudah...

Namun, keputusannya tetap sama. Apa masalah sebenarnya ye. Adakah encik suami kena tipu dengan si penjual bateri. Kata ori... Adakah sebaliknya. Huhu... Dahla aku totally update blog guna note. Hurmmm... Kena jugak hantar kedai nampak gayanya.

Bertabahlah yer dengan entri orang yang saja menghilangkan keresahannya gara-gara hp buat hal.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: