Bila Ain ringan tulang | tajuk entri harini yang baru sekarang nak update. Kisahnya, bila aku mula nak lipat kain. Ain pun tak sudah-su...

Bila Ain Ringan Tulang

/
1 Comments

Bila Ain ringan tulang | tajuk entri harini yang baru sekarang nak update. Kisahnya, bila aku mula nak lipat kain. Ain pun tak sudah-sudah membebel "long pat... Long pat"... Nak 'tolong' lah tu. Biasalah budak... Suka main je kerja right dan semua benda dia nak main.


Walaupun hakikatnya, Ain masih kecik, aku biarkan je dia turut serta dengan aktiviti yang aku buat. Bila lipat kain... Bagi je dia pakaian dia untuk dilipat...





Dan... Dan aku pernah latih Alia masa kecik dulu sampai sekarang lipat kain. Alhamdulillah, setakat baju dia dan adik dia boleh dah tolong lipat... Walaupun sesekali kena tegur jugak kalau lipatan nampak salah. Aku percaya, kalau dah selalu latih dan berdisiplin... In Shaa Allah, satu masa dah boleh berdikari. Apa yang penting... Kenalah banyak bersabar walaupun kekadang garang macam singa.

Ada jugak yang kata awal sangat nak latih. Tapi pada aku, takde istilah awal untuk mendidik anak-anak... Yang penting latih ikut kemampuan. Bukan secara paksaan mahupun jeritan. Apa kita rasa bila kena paksa. Maka begitulah jugak apa yang anak-anak rasai. Dorang jugak tahu beremosi.



ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. Amboi rajinnya ain.afia pun rajin tolong melipat kain ni..tp buat kejap pastu bebai.sbb tak reti nk lipat macam ibu.hahaha

    ReplyDelete