Resepi inti tart nenas sedap buatan sendiri | setiap tahun menjelang raya... Pasti tart nenas dalam senarai biskut yang akan dibuat. ...

Resepi Inti Tart Nenas Sedap Buatan Sendiri

/
0 Comments

Resepi inti tart nenas sedap buatan sendiri | setiap tahun menjelang raya... Pasti tart nenas dalam senarai biskut yang akan dibuat. Dulu... Nak search di google memang payah. Penggunaan internet memang terhad. Tapi sekarang ni... Search je. Confirm banyak resepi pelbagai version yang kita jumpa.

Mula-mula belajar buat biskut zaman anak dara... Untuk inti tart nenas. Aku main beli je yang dah siap di kedai. Tapi... Bila tart mula dibakar dalam oven. Hasilnya... Inti mencair. Mulanya... Mak biarkan je aku buat. Bila tak menjadi... Barulah dia ajar aku macam mana nak buat inti tart nenas sendiri. Start dari situ sampailah sekarang... Alhamdulillah, aku guna je resepi yang mak aku ajar.

2 gelas gula + 2 gelas nenas + 1 gelas betik

Cara membuatnya pulak... Kisarkan semua bahan dan masak didapur sehinggalah inti kelihatan likat

Sangat mudah kan.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: