Sinopsis Sayangku Kapten Mukhriz | drama terbaru di slot akasia yang akan menggantikan drama seindah takdir cinta. Merupakan drama adaptasi dari novel karya Sophilea berjudul anugerah terindah. Drama ini terbitan Creative Skill Solutions. Skrip Nieza Nahar, lakonan oleh Raja Afiq DFKL dan Niena Baharun sebagai hero dan heroin.

Sumber gambar adalah daripada laman kbergetar

Pelakon lain yang juga turut membintangi adalah seperti @fezrulkhan, @hafizulkamal, @reenrahim, @iekazulkifli1811, @tash_yong, @noniswara, #HafidzuddinFazil, @ikhlasjalil dan @iskandarzulkarnain_

Sinopsis Sayangku Kapten Mukhriz
Drama sayangku kapten Mukhriz mengisahkan tentang jejaka Kapten Mukhriz Berpangkat kapten bergelar ustaz. Siapa yang tak nak kan. Gediknya Ariana (Arin) hanya untuk Ustaz Mukhriz. Bukan tak tahu malu. Perasaan malu sanggup ditolak ke tepi. Janji ustaz sedar kewujudan dia. Abang Izuddin sampai tebal muka tengok adiknya tergilakan kawan baik. Nak cakap segan, tak cakap kesian kat si adik. Disampaikan juga hasrat si adik yang sengal. SMS sudah, hantar bunga selang sehari, kuih lapis dan segala jenis makanan dah disua pada ustaz, surat cinta siap berpantun pun dah dihantar, tapi susahnya nak dapatkan hati ustaz.

Si abang jual mahal sangat ye. Tak per, Arin ada jalan nak berbaik dengan adik beradik Ustaz. Kebetulan Sakinah yang demam denggi dirawat di hospital tempat Arin bekerja akhirnya dijadikan kawan. Kebetulan lagi Arin yang bercuti di Perlis, bertembung dengan adik kedua Ustaz, itupun dibuatnya kawan. Sayangnya orang tak perasan kalau2 ada peranan besar adik Ustaz dalam menyatukan mereka.

Usaha tangga kejayaan. Sampai akhirnya Ustaz Mukhriz tak dapat lagi nak elak, dicabarnya Arin yang masuk meminang kalau betul bersungguh. Kecoh pula keluarga Arin dengan permintaan anak yang dah langgar adat. Di pihak Mukhriz pun dah rasa semacam sampai lah ibu Mukhriz mengambil keputusan untuk masuk meminang Arin. Dulu nak masuk meminang si Husna gadis sekampung tu tak nak, tup tup anak dara orang pula nak pinang Mukhriz. Pening ibu dibuatnya. Tapi sapa tak suka, calon menantu Doktor, cantik pulak tu.

Kesian juga kat Arin, dia bukan calon isteri idaman Mukhriz. Rupanya Mukhriz pernah menyimpan perasaan pada seorang gadis Indonesia yang berniqab tetapi cinta tak kesampaian disebabkan tiba-tiba Rabiatul Adawiyah menghilang diri tanpa khabar berita. 10 tahun terpisah pun Mukhriz masih boleh terperasan Adawiyah yang hanya nampak mata. Kecik hati Arin, dia yang dok sebelah Mukhriz 9 tahun lalu dalam kereta api Sinaran Utara langsung Mukhriz tak ingat walhal siap bertukar novel. ( kat sini point yang bagus). Kelemahan Ustaz yang menunjukkan dia juga manusia biasa, dia takut dengan komitmen sedangkan dia selalu jadi kaunselor untuk pasangan yang bermasalah dalam rumahtangga. Dalam bab buat keputusan, boleh saja buat istikharah, tapi ditangguh-tangguh. Pastu nampak macam tak yakin dan tak redha kahwin dengan Arin.

Lepas kahwin gedik Arin makin menjadi tapi malu-malu kucing. Ustaz pula tunjuk taring sampai tersipu malu pulak si isteri. Mereka telus, tiada rahsia yang disembunyikan. Bahagia walaupun Ustaz tak pernah lafazkan cinta. Cerita Zakuan abang sepupu yang ada hati pada Arin tu seperti kudis sahaja. Tak tahu pulak lepas tu jadi kudis buta. Pada Cik Pah, Zakuan tiba2 jadi meroyan sebab tak dapat kahwin dengan Arin sampai sanggup cederakan Arin tu tak ada pun tak apa, sebabnya penulis jadikan Amrina adik Arin sebagai pengganti di akhir cerita. Cepat sungguh berubah hati dan rasa bersalah padahal ada kes culik, cedera dan langgar lari. Macam tak ada pun tak apa. Kalau nak adakan juga, buat watak Zakuan sebaik Adawiyah, biar Ustaz Mukhriz makan hati dan pembaca pun ada pilihan. Eceh sesuka hati nak tukar cerita ;)

Konflik sebenar yang menjadikan cerita ini menarik tapi masih boleh dipertikaikan adalah seorang banduan (Awina) minta Ustaz peristerikan dia selepas bebas dari penjara atas kesalahan membunuh bekas suami tanpa niat kerana cuba selamatkan diri. Dia kata lepas dia keluar penjara tak ada orang nak bimbing dia lagi dan nasib anak perempuan dia tak terbela. Hellooo, sesenang jek ek minta suami Arin kahwin dgn alasan tu. Sanggup pula bermadu. Atas satu insiden, si Arin ni tetiba lembut hati izinkan ustaz yang susah di tackle tu kahwin dengan si Awina yang nak derma buah pinggang secara bersyarat kat ustaz yang koma akibat kemalangan. Memang buat orang lagi bengang dengan tambahan drama Arin lari bawa diri ke Indonesia masa ustaz selamat dibedah. Tang derma buah pinggang bersyarat tu dah ok sangat tapi tang lari bawa diri tu yang buat orang cemuih. Emm korang baca la sendiri.

kredit : Kbergetar

Macam menarik je jalan ceritanya kan. Menarik atau tidak sesuatu cerita tu... Pada aku, semuanya bergantung kepada watak hero dan heroin... Kalau kaku, walau ceritanya best... Kalau pembawakan watak tak menjadi... Pun akan membuatkan cerita jadi tak menarik. Tak silap, drama sayangku Kapten Mukriz start 13 Julai. Mean, ada dua minggu la... Lebih kurang drama seindah takdir cinta bersiaran. Untuk drama seindah takdir cinta... Memang jarang tengok. Tak minat sangat lakonan... Watak Mia dalam drama tu. Hehe... Boleh pulak gitu yer.

Oklah, pada yang dah baca novel anugerah terindah... Mesti tak sabar nak tengok drama sayangku Kapten Mukriz kan... Jangan lupa nanti 13 Julai.

Sekian...