REZEKI HARI PERTAMA PUASA 2016 | Entah! tetiba rajin log in akaun Nuffnang . Alhamdulillah, satu lagi iklan on going untuk permulaan ...

Rezeki Hari Pertama Puasa 2016

/
0 Comments

REZEKI HARI PERTAMA PUASA 2016 | Entah! tetiba rajin log in akaun Nuffnang. Alhamdulillah, satu lagi iklan on going untuk permulaan bulan Jun selepas RIBENA MOMENTS. Kali ni pulak... Daripada TNB CAMPAIGN.


Hurmmm... Bercakap pasal tnb... Mesti melibatkan kempen penjimatan elektrik kan... Sebenarnya banyak cara nak jimatkan elektrik. Apa yang penting... Kesedaran daripada masyarakat je sebenarnya... Berjuta cara sekalipun kita hebahkan... Kalau takde kesedaran... Pun tak guna jugak. Betul tak?

Alhamdulillah... Setakat ni, di rumah family kami takde lagi bil elektrik mencecah RM100... Even, banyak jugak perkakasan elektrik kami guna seperti oven, mesin basuh, peti sejuk, freezer, hampagas, periuk elektrik dan sebagainya. Bukan nak kata kami bagus atau apa... Tapi my mom cukup prihatin terhadap penjimatan elektrik. Pantang tengok charger hp melekat di plug... Mesti dia cabutkan kalau nampak tak diguna... Sambil-sambil tu kedengaran jugak nasihat pedas dari dia. Hehe...

Sumber gambar adalah daripada laman seperti yang tertera pada gambar

Kemudian... Kami jugak menggunakan lampu fluorescent untuk tujuan penggunaan kadar elektrik yang lebih rendah di rumah... Nampak tak menarik kan. Tak kisahlah... Yang penting menjimatkan.

Bayangkan... Kita hidup tanpa elektrik. Huhu... Tak sanggup aku nak bayangkan tau.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: