Tahniah buat team Adenan | atas kemenangan 72 kerusi untuk Barisan Nasional, 3 untuk PKR dan 7 kerusi untuk DAP. Bagi kawasan N.37, Dat...

Tahniah Buat Team Adenan

/
0 Comments

Tahniah buat team Adenan | atas kemenangan 72 kerusi untuk Barisan Nasional, 3 untuk PKR dan 7 kerusi untuk DAP. Bagi kawasan N.37, Datuk Seri Douglas Unggah telah memenangi kerusi BN dan menang mejoriti mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat PKR, Noel Changgai Bucking.

Sumber gambar parti BN adalah daripada laman seperti yang tertera di dalam gambar di atas

Huhu... Last keputusan PRU yang ditunggu semalam adalah dari Marudi. Pagi ni baru tahu keputusannya... Mengantuk sangat dah semalam. Hanya sempat tengok tok Nan angkat sumpah je semalam. Tilawah Al-quran pun skip... Padahal dah beberapa malam dah mengikuti perkembangan tilawah Al-quran. Tak tengok lagi keputusan tilawah semalam. Ada yang kata johan qari dimenangi oleh Malaysia. Betul ke tidak. Nanti nak tengok balik videonya.

Hakikatnya, untuk PRU ni dah dijangka BN menang banyak kerusi. Why? Rakyat ingin melihat adakah manifesto 5 tahun akan datang dikotakan. If tidak... Next PRU lain pulak jadinya... Tau jelah masyarakat sekarang. Semuanya inginkan kemudahan dan keselesaan hidup... Sudahnya pemimpin yang kena pening kepala untuk fikirkan masalah rakyat.

Apa-apa pun tahniah buat BN.



ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: