11 May 2016

Sambal Belacan Cili Hijau


Sambal belacan cili hijau | Salah satu jenis sambal belacan yang aku suka. Bila Alia dan Ain dah tidur... Seperti biasa, kalau takde kerja nak buat... Selalunya aku akan cari resepi yang terlintas di otak menggunakan kuasa google.

Apalagi... Terjumpa satu resepi sambal belacan ala padang yang menarik minatku untuk mencuba. First step... Kenalah copy and paste resepinya di blog sendiri. Nanti nak try... Just search saja di blog sendiri.

Sumber gambar sambal belacan cili adalah daripada mstar

Kredit : Mstar
Bahan-bahan untuk sambal belacan cili hijau:
100 gram cili hijau
Sedikit cili padi
1 ulas bawang besar
100 gram terung pipit/petai
Sedikit belacan
1 biji tomato - dipotong dadu Ikan bilis

Cara-cara untuk membuat sambal belacan cili hijau:
Goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan.

Cili hijau, cili padi dan belacan dikisar. Kemudian tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.

Masukkan terung pipit atau petai, bawang besar, potongan tomato dan ikan bilis. Tumis semua bahan tadi dan taburkan sedikit garam.

Angkat dan hidang.

Sangat mudah right. Kalau bulan puasa... Biasanya waktu sahur... Selera nak makan tu kurang. Makan pun nak menu yang simple je. Nanti bulan puasa... Bolehlah buatkan sambal belacan cili hijau ni... Tentu sedap makan dengan ikan kering dan nasi panas... Terliur pulak bila difikirkan. Huhu...

1 comment:

  1. Nampak sedap fiza..memang waktu sahur bagus ni hidangan penambah selera.muni je tak pandai makan smbal belacan.klu sambal getuk tu sukalah..lebih kirang bal hijau ni jugak sbb guna ikan bilis..tp tak boleh pedas2..muni tak tahan pedas.hehe

    ReplyDelete